berita

Dari Sibu Ke Kota Bharu, Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

February 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Siapa sangka, berkat usaha dan doa yang dilakukan Mohammad Ashraf Daniel selama ini akhirnya membawa kebahagiaan apabila dia berjaya berjumpa dengan ibu kandungnya.

Ashraf yang terpisah dengan ibu kandungnya sejak lahir, menjumpai ‘syurganya’ itu selepas melakukan pencarian menerusi Facebook sejak dua tahun lalu.

Saya nak salam dan cium

Saya sentiasa berdoa dan berniat sekiranya dapat berjumpa dengan ibu kandung, saya akan salam tangan dan cium dahi dia. Awalnya memang kami ingin berjumpa dengan lebih cepat, namun banyak kekangan kerana pada tahun 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, jadi agak sukar untuk bertemu. Jadi, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, kami berjumpa buat pertama kali pada Isnin lalu dan memang saya rasa gembira sangat. Apabila saya jumpa sahaja ibu memang terus saya salam, cium dahi dan peluk dia. Memang rasa sebak sangat kerana baru dapat berjumpa ibu kandung pada usia 21 tahun.

Mengimbau kembali permulaan perbualannya ketika berjaya menemukan ibunya di Facebook, Ashraf memberitahu dia hanya bertanyakan soalan ringkas kepada wanita berkenaan.

Ibu juga hanya membalas dengan simbol ‘thumbs up’ dan kata akan menghubunginya menerusi WhatsApp. Masa itu saya belum terfikir apa-apa lagi dan pelik apabila ibu membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’. Jujur saya cakap memang terharu sangat kerana dia membahasakan diri sebagai ibu walaupun masih belum bersua muka pada masa itu.

Rindu kasih sayang ibu

Anak kelahiran Sarawak ini turut memaklumkan bahawa dia tidak tahu kenapa dia diserahkan kepada keluarga angkat sejak lahir.

Ibu bapa angkat saya meninggal dunia ketika berusia 12 tahun. Sejak itu memang saya kurang merasakan kasih sayang seorang ibu. Bagaimanapun, sebelum meninggal arwah ada meninggalkan saya nama ibu kandung serta alamat menyebabkan saya mula mencarinya. Saya hantar surat dan pada usia 15 tahun saya mula menggunakan Facebook untuk mencari ibu.

Di Facebook, Ashraf sempat meluahkan rasa syukur dan gembira kerana dapat bertemu ibu kandung dan meluangkan masa bersama.

Syukur Allah dengar rintihan doa di sujud terakhir aku selama ini.

Sumber: Mohammad Ashraf

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×