berita

‘Daripada Orang Pijak-Pijak Kita..’ – Wani Comel Cuba Nasib, Hadiri Casting Depan David Teo

January 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, Nurul Airawani Nazira atau lebih dikenali sebagai Wani Comel terpalit dengan kontroversi melibatkan dirinya dan seorang usahawan kosmetik berhubung perjanjian sebagai duta produk kurus. Susulan daripada peristiwa tersebut, Wani Comel kesal dengan apa yang telah terjadi terhadap diri dan keluarganya.

Artikel berkaitan: ‘Berjalan Pun Atas Sebab Pembedahan’ – Wani Comel Harap Usahawan Kosmetik Tunaikan Janji

Terbaru, di Instagram, penerbit terkenal iaitu David Teo telah memuat naik foto bersama Wani Comel. Difahamkan Wani menghadirkan diri ke sesi uji bakat lakonan yang diadakan syarikat Metrowealth.

Daripada orang pijak-pijak kita

Memetik laporan Astro Gempak, Wani hanya mencuba nasib untuk menghadiri sesi uji bakat tersebut dan ingin mencari sumber pendapatan sendiri.

Kita ni daripada duduk bawah asyik kena pijak, kita kena upgrade. Kita datang sini untuk casting. Tak apalah, mana tahu ada rezeki.

Daripada orang pijak-pijak kita, buat kita macam tak ada harga diri, baik kita datang sini. Baru orang hargai kita.

Turut dihadiri bekas staf usahawan kosmetik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Airawani | 23 ?? (@wanicomel20)

Uji bakat tersebut kelihatan turut dihadiri oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Kak Mel. Sebelum ini, Kak Mel juga pernah mencuri tumpuan umum selepas mendakwa dirinya dibuang kerja.

Akan cari watak komedi untuk Wani

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Airawani | 23 ?? (@wanicomel20)

Sementara itu, David Teo mengalu-alukan kedatangan Wani ke sesi uji bakat tersebut. Malah, Wani juga tidak kisah dengan apa-apa sahaja watak yang diberikan kepadanya.

Semoga kita dapat kerjasama untuk berikan watak-watak special untuk awak. Kita akan cari watak komedi untuk Wani.

Sumber: Astro Gempak, Wanicomel20

SKIP THIS AD ×