berita

‘Dasar Maling. Goblok!’ – Band Indonesia ‘Kantoi’ Ciplak Lagu Haqiem Rusli

October 16th, 2019 | by faris
Kini Trending

Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli menjadi siulan ramai sehingga meraih lebih 31 juta tontonan di Youtube sejak dilancarkan 2 tahun lalu. Lagu ini juga pernah menang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu (AJL 32), pada 2018.

Bagai menangguk di air keruh, sebuah band dari Indonesia, Symphony Band didakwa menciplak lagu ini dan mendapat perhatian komposer, Sirkhan Danial.

Gesa syarikat rakaman ambil tindakan

Menurut Sirkhan, lagu berjudul Pergi Saja itu meniru hampir keseluruhan lagu Haqiem Rusli berkenaan oleh band yang baru ditubuhkan tersebut. Screenshot dari laman Youtube mendapati mereka mendaftar di situ sejak 7 September tahun ini.

Lagu ni tiru sebijik melodi Tergantung Sepi hampir 100% , berapa bars jangan tanyalah dia langgar abis. Setelah disiasat, band baru ditubuhkan, Youtube channel baru buat 7 Sept tahun ni dan sememangnya mat-mat Indon ni cari nahas.

Thanks kepada yg beritahu pasal ni. @fmcmusic sila ambil tindakan yang sepatutnya under copyright infrigement, or plagiarism whatsover. Kena tembak sikit dorang ni. Tak habis-habis rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar!

Mungkin ada lagu lain

https://www.instagram.com/p/B3qT__0FaB7/?igshid=qve7orpbaxuc

Band berkenaan bagaimanapun telah memadamkan video muzik lagu tersebut dari laman Youtube mereka. Bagaimanapun sempat dirakam untuk dijadikan bahan bukti oleh Sirkhan.

Tambah komposer itu lagi lagu berkenaan mungkin bukan yang pertama kerana berkemungkinan ada yang sudah diciplak tanpa disedari mana-mana pihak.

Haqiem bagaimanapun hanya repost pos Sirkhan ke Instagram story dengan emoji senyum tanpa mengulas lanjut berkenaan hal ini.

Netizen luah rasa geram

Sumber: Sirkhan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×