berita

Datang Dari Jauh Naik Bas Nak Tengok Perbicaraan Anak Di Mahkamah, Isteri Bekal Sosej Goreng

May 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Syed Azmi

Aktivis terkenal Syed Azmi menerusi perkongsiannya di laman Facebook sering bercerita mengenai kisah rakyat Malaysia yang cukup menyayat hati dan serba kekurangan. Kebanyakannya memerlukan sumbangan dek kesempitan hidup. Ada juga berkongsi kisah sedih dirogol atau dicabul ahli keluarga.

Artikel Berkaitan:Umpan Air Soya Diletakkan ‘Ubat’ Khayal, Wanita Geram Anak Cerita Dirogol Pak Cik Sendiri!

Terbaru, beliau sekali lagi berkongsi satu kisah yang cukup meruntun hati di mana seorang bapa yang sanggup datang jauh bagi berjumpa dengan anaknya.

‘Ayah datang dari jauh’

Foto: Syed Azmi

Ujar Syed Azmi lelaki berkenaan datang ke mahkamah bagi berjumpa dengan anaknya yang dipercayai akan dijatuhkan hukuman berikutan salah laku. Namun, apa yang menyedihkan, apabila lelaki itu menceritakan bekalan yang dibawanya dan terpaksa menaiki bas untuk sampai ke destinasi berkenaan.

Sampai pagi tadi terus ke mahkamah untuk berjumpa anaknya yang akan diperintahkan untuk masuk institusi JKM atas salah laku. Dia bawa bag yang besar. Tapi malam ni balik dah. Jadi saya tanya bag ni isi apa ni? Dia pun bukak.

Bercerita lebih lanjut, lelaki ini membawa satu bekas sosej goreng yang dijadikan bekal ketika waktu sahur dan selebihnya akan dijadikan juadah sebagai menu berbuka.

Semalam dia naik bas dalam jam 10 malam. Suka dia cerita beli sosej ni murah aje. Ada slipper, tuala, 2 kotak air kordial nak buat minum dan ada 2 pek besar makanan ringan nak passkan kat anak dia.

Bawa pergi beli baju raya

Foto: Syed Azmi

Difahamkan, lelaki itu hanya bekerja sebagai pengering ikan bilis dan menerima upah sebanyak RM15 sehari yang digunakan bagi menampung empat anaknya yang lain. Apa yang lebih menyedihkan, apabila dua anaknya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Susulan daripada itu, Syed Azmi telah membawa lelaki berkenaan untuk membeli baju baru buat seluruh ahli keluarganya yang boleh dipakai menjelang tiba Hari Raya Aidilfitri.

Saya bawak dia pergi shopping baju raya untuk seluruh keluarga dia. Kemudian kami hantar dia balik TBS.

Sumber: Syed Azmi

SKIP THIS AD ×