berita

Umpan Air Soya Diletakkan ‘Ubat’ Khayal, Wanita Geram Anak Cerita Dirogol Pak Cik Sendiri!

May 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Saban hari, kes mengenai kanak-kanak menjadi mangsa ‘kerakusan’ individu yang tidak bertanggungjawab semakin bertambah. Apa yang lebih memilukan, apabila kejadian tidak bermoral itu dilakukan sendiri oleh ahli keluarga sendiri tanpa berfikir panjang. Tragedi hitam ini secara tidak langsung membuatkan mangsa menjadi trauma dan hilang kepercayaan kepada ahli keluarganya.

Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…

Artikel Berkaitan: Akibat Berjauhan Dan Lama Tidak ‘Dilayan’ Suami, Ibu Cabul Anak Sendiri

Artikel Berkaitan: Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak Dekat…’ – Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Kerakusan Kawan Baik Suami

Seperti perkongsian aktivis terkenal Syed Azmi menerusi satu posting di laman Facebooknya berkongsi sebuah lagi kisah yang cukup menyedihkan dan dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

‘Ibu Pakndak baik ke?’

Sekadar gambar hiasan

Kisah yang meruntun hati ini, telah diceritakan oleh ibu kepada dua anak perempuan yang berusia 13 dan lapan tahun bagi memperincikan apa yang telah terjadi kepada anak sulungya itu. Walaupun, berat untuk menerima persuratan takdir ini namun, dia terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi. Ujar wanita cekal ini, anak sulungnya ketika berusia lima tahun telah dirogol oleh ahli keluarganya sendiri.

Namun, persoalan yang diajukan oleh anaknya pada satu hari membuatkan dia ‘tersentak’ dan berfikir panjang.

Semua cerita dari kakak (anak sulung masih segar di ingatan saya. Salah saya semuanya! kakak semasa tu saya bersalinkan adiknya, jadi saya ada baby untuk dijaga 24 jam, saya lepaskan dia main ada masa-masa tertentu, tapi yang menjadi pelik dan tanda tanya di hati bila kakak bertanya ibu,pakndak tu baik ke? saya jawab baiklah dia kan saudara kita. kenapa kak?

Dia diam saya berasa tak sedap hati 2,3 hari sehinggalah semuanya terbongkar, kakak menjerit sakit, pedih ketika saya mandi dengan dia, di mulut ada kesan luka. Ya Allah! saya memang syak dan betul tekaan saya, saya peluk anak dan pujuk tanya slow-slow.

‘Saya menangis sekuat hati’

Sekadar gambar hiasan

Berbicara lebih lanjut, wanita ini tergamam apabila anaknya menceritakan telah dirogol oleh bapa saudaranya sebelum dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Namun, sehingga hari ini tiada maklum balas yang diberikan oleh pihak berkenaan. Pada masa yang sama, wanita ini turut meluahkan yang dia berasa trauma dan tertekan setiap kali melihat kelibat lelaki berkenaan yang lalu di hadapan rumahnya itu.

Dia bagitahu dan betul orang tu yang rogol dia. Saya menangis sekuat hati saya dan sampai ketika ini. Yang sedihnya bukan anak saya seorang tapi 3 orang termasuk dia. Hari tu juga saya buat report polis dan sehari juga saya di balai, tapi kes senyap macam tu je.

Masalah utama saya sekarang, saya yang jadi trauma dan stress setiap kali melihat perogol lalu di depan rumah, kena tangkap sekejap je dan lepas.  Betul lepas report tu saya dan anak berpindah (suami stay rumah kami), saya stay di rumah mama selama 9 bulan, akan tetapi lama kelamaan anak saya hari-hari mnangis rindukan ayahnya

Wanita ini turut menceritakan modus operandi yang digunakan oleh lelaki ‘durjana’ itu yang mengumpan mangsa dengan air soya yang dicampur dengan ubat.

Saya benci air soya, .saya tak boleh tengok, dia umpan anak saya air soya dalam botol yang RM1 masa tu dan letak ubat. Anak cerita dia main kat taman cantik sangat, ada rabbit ada macam-macam mainan cantik-cantik padahal saya tau semuanya khayalan dia. Kakak cakap, kakak panggil ibu masa tu, tapi ibu tak dengar. Saya tak boleh lupa sampai mati ayat ni.

Di manakah saya saat anak dirogol? Saya tak pasti berapa kali, sebab dia tak beritahu tak pandai cerita masa tu, bila ditanya berulang kali, kakak cakap kakak tipu ibu je, kemaluan kakak kena kayu sebab tu sakit, padahal doktor dah sahkan. Allah, memang saya dikecam hebat oleh sedara mara masa tu. Diorang mesej bertalu-talu kalau tak salah kenapa kena lari? nampak awak yg salah.

Sumber: Syed Azmi

SKIP THIS AD ×