berita

Datang Nak Sokong, Bukan Nak Ganti- Fynn Jamal Tepis Dakwaan ‘Karut’ Peminat Fara Fauzana

February 17th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

fafau fynn main

Belum lagi reda isu Fara Fauzana atau Fafau yang akan bersara selepas 10 tahun melibatkan diri sebagai penyampai radio, timbul satu lagi spekulasi hangat tentang siapa yang bakal menggantikan tempat Fafau di Hot FM.

Pagi tadi, Fynn Jamal telah diundang ke konti Hot FM bagi topik Hot Chat iaitu ‘BFF”. Memandangkan Fynn merupakan salah seorang sahabat baik atau BFF kepada Fafau, ada yang menyamakan mereka sebagai ‘kembar’. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa suara mereka seakan-akan sama ketika ke udara mengendalikan siaran radio.

Justeru, timbul spekulasi bahawa Fynn Jamal bakal mengambil alih tempat Fafau sebagai penyampai radio baru! Apa lagi, mengamuk peminat-peminat Fafau apabila mengetahui siapa yang bakal menggantikan DJ kesayangan mereka itu!

Peminat Bangkang Fynn Ganti Fafau!

Screenshot 2016-02-17 12.55.47

ss1

ss2

ss3 ss4

ss5

Perkara ini bukan sahaja galak diperkatakan di laman sosial, namun tersebar dengan pantasnya melalui aplikasi WhatsApp. Ramai betul yang tak setuju kalau betul Fynn ganti Fafau!

Fynn Jawab Spekulasi

fafau fynn

Tampil memberikan penjelasan tentang situasi sebenar dan maksud kedatangannya ke konti Hot FM pagi tadi, Fynn memuat naik status di laman Facebooknya dan meminta supaya para peminat ‘jangan risau’.  Jom ikuti penjelasan Fynn tentang spekulasi ini.

“Dia Patut Hidup Untuk Happiness Dia”

1

Hormat Keputusan Fafau!

2

“Lu Kitorang Punya Fafau Kot!”

3

Sedar atau tidak, secara tidak langsung kata-kata Fynn Jamal mengajak peminat untuk menghormati dan merelakan keputusan Fafau untuk bersara dari dunia siaran radio. Setuju atau tidak? Apa pun kami doakan Fafau terus sukses dan gembira dengan keputusan yang telah diambilnya itu. Amin.

Sumber: Fynn Jamal

SKIP THIS AD ×