Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mendedikasikan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Yusoff Al Qardawi.
Artikel Berkaitan: Azrinaz Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Puteri Ameerah – ‘Sayang Awak Sentiasa..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Tak Jadi Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Dari Anak – ‘Maaf Tak Beli Apa-Apa, Ini Pun Kawan Adik Bagi’
Ucapan Datin Shahida buat Yusoff
Menerusi sebuah entri yang dikongsikan di akaun Instagram, Datin Shahida menitipkan doa agar Yusoff yang kini mencecah usia enam tahun agar menjadi anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT.
Semoga yusoff selalu dalam rahmat Allah SWT. Semoga Yusoff selalu sayang mama sampai ke akhir hayat. Mama tetap sayang Yusoff walaupun Yusoff kepochi tak boleh simpan rahsia.
Dalam pada itu, Datin Shahida akui berdepan banyak cabaran membesarkan anak keempat daripada enam beradik itu. Hal ini kerana, Yusoff disifatkan seorang kanak-kanak yang sangat ektif sehingga pergerakannya sukar dikawal.
Jaga Yusoff ni banyak cabaran ya, tak semua orang rajin nak kejar dia. Tak reti takut langsung. Bumbung rumah pun dia panjat. Balik sekolah lari terus terjun pool. Semoga Yusoff selalu dalam jagaan Allah SWT.
Walau bagaimanapun, itu adalah proses yang setiap para ibu akan lalui dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi insan yang berguna kelak.
Sumber: Instagram Datin Shahida