berita

Datuk Aziz Satar Enggan Mengulas Lebih Lanjut Isu Perceraian

December 31st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sabtu lalu telah berlangsungnya ‘Perasmian Gerai Teratak Pak Ajis’ bertempat di Restoran Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan pembukaan ‘FEMES Bazaar’ oleh barisan artis tempatan seperti Kilafairy, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Raja Farah, Karl Shafek, Kumpulan Fourteen, Noh Hujan serta Kaka.

Menerusi majlis perasmian ini, pihak OHBULAN! telah sempat menemubual Datuk Aziz Satar mengenai isu hangat yang melibatkan masalah rumah tangganya dan isteri Datin Hashimah Delan, di mana pada bulan November lalu telah timbul dakwaan yang mengatakan pasangan ini telah bercerai dan dalam proses untuk merujuk kembali.

“Rasanya tak elok untuk diceritakan perkara sebegitu sebab ini adalah hal peribadi. Apa yang pasti kami masih lagi baik dan tiada sebarang masalah.”

“Sedangkan lidah lagi tergigit, adik beradik pun sanggup membunuh dan bergaduh disebabkan harta, inikan pula suami isteri,” komen Pak Ajis penuh tenang.

Dalam pada itu, pihak media sempat juga bertanyakan mengenai kesihatan serta sambutan pelanggan terhadat perniagaan mee rebus Singapura pelakon veteran ini.

“Kesihatan Alhamdulillah semuanya OK.”

“Perniagaan mee rebus ini bermula bulan Februari lalu dan ia diusahakan oleh cucu saya. Masa mula-mula cucu saya menyatakan hasratnya untuk berniaga mee rebus, saya rasa agak terkejut sebab jarang anak muda nak berniaga sendiri. Lagipun sekarang ini anak-anak muda ramai yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Jadi apabila dia (cucu) beritahu nak berniaga, saya rasa sangat lega dan gembira dengan keputusannya.”

Untuk makluman, mee rebus Singapura Datuk Aziz Satar ini telah diusahakan oleh cucu beliau sendiri iaitu Abu Ubaidah Ahmad Ishak, 27. Menurut Abu Ubaidah, setakat ini perniagaan mee rebusnya mendapat sambutan yang menggalakkan dan mengikut perancangan, dia ingin membuka cawangan baru di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Januari akan datang.

SKIP THIS AD ×