Lebih dua dekad dalam industri seni, pelantun suara ‘Elegi Sepi’ iaitu Azharina Azhar memberitahu dia bakal memberikan sesuatu yang baru buat peminatnya, hujung minggu ini.
Artikel Berkaitan: Azharina Terima Anugerah ‘Women Of Inspiration of Sabah Award 2024’
Artikel Berkaitan: Rezeki Tak Putus! Azharina Syukur Terima Banyak Undangan Show Daripada VVIP, Siap ‘Request’ Lagu Irama Klasik
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Ke Ingat Kalau Dah Buat Beribu Persembahan?’ – Azharina Jawab Isu Menipu Tak Pernah Nyanyi Lagu ‘La Bamba’
Antara penyanyi terbaik Malaysia
Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan! Azharina berkata, dia sendiri tidak sabar untuk melihat dan membaca respons daripada peminatnya berhubung lagu baru itu.
Alhamdulillah, masanya telah tiba. Sekarang ini kalau semua orang boleh lihat, saya dah muat naik video teaser lagu baru saya. Lagu ini kolaborasi di antara saya bersama Kozae One Nation Emcees. Seperti saya kata sebelum ini, lagu ini lain daripada yang lain. Saya berubah 360 darjah.
Saya tak nak kongsi terlalu banyak. Anda semua kena tunggu dan dengar nanti. Janji, lagu ini sisi lain daripada saya. Saya harap semua orang suka dan memberi komen yang positif.
Tambah Azharina, dia bakal berkongsi lebih lanjut mengenai lagu tersebut selepas ia dilancarkan nanti.
Disoal pula mengenai pengiktirafan yang diberikan oleh Datuk Mokhzani di Facebook semalam, Azharina mengakui dia berasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi apabila pengarah muzik yang juga pemimpin Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) itu menghargai bakatnya.
Semalam saya ada latihan bersama Datuk Mokhzani di rumahnya untuk show Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Utama AB Rauf Bin Yusof di Villa D’Acqua, Sabtu nanti.
Semasa latihan, saya cuba berikan yang terbaik walaupun ada satu dua lagu saya tidak pernah menyanyi langsung. Tak sangka, Datuk Mokhzani rakam dan memberi pujian kepada saya.
Bagi saya ini semua pinjaman daripada Allah. Saya sebagai penyanyi sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan akan cuba memberikan yang terbaik. Komen Datuk Mokhzani terlalu bermakna buat saya. Kata-kata beliau jadi pembakar semangat untuk saya terus menyanyi dan menghiburkan orang.
Terdahulu, Datuk Mokhzani berkata, Azharina antara penyanyi terbaik di Malaysia. Anak kelahiran Sabah itu mempunyai tone suara range alto yang tersendiri malah, tiada sebarang isu ketika menyanyi secara ‘live’ di mana-mana majlis mahupun pertandingan.