Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan dirinya sudah diisytiharkan muflis atau bankrap.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Buat Akaun TikTok, Sedang Misi Cari Pekerjaan? – ‘Cari Rezeki Halal Demi Anak & Bayar Hutang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Tetap Pendirian, Mahu Pertahankan Rumah Tangga Bersama Datin Red
Sudah bankrap
Menerusi temu bual bersama Mstar, Adnan atau mesra dengan sapaan Datuk Red berkata syarikat hartanah dan perumahan yang diusahakan sebelum ini sudah tidak beroperasi sejak 2019.
Disebabkan itu, dia nekad untuk mencari pekerjaan dan sanggup mengetepikan perasaan malu demi mencari wang untuk menyara keluarga dan melunaskan hutang.
Saya memang sedang cari kerja bersesuaian dengan umur dan taraf pendidikan yang tidak setinggi mana.
Sebenarnya saya sudah diisytiharkan muflis pada tahun 2019. Apa pun saya berterima kasih pada isteri saya yang banyak menutup aib saya.
Saya sudah cuba bermacam-macam cara untuk kembalikan perniagaan saya tapi tidak berjaya, tidak mengapa kerana mungkin Allah tidak mengizinkan saya.
Menurut Datuk Red, jumlah hutang yang terpaksa ditanggung sehingga kini adalah RM5 juta.
Saya sebenarnya silap langkah, biasalah mungkin wujud perasaan tamak. Saya ada bekerjasama dengan sebuah syarikat untuk projek mendirikan perumahan, namun projek itu gagal dan saya muflis.
Asalnya saya berhutang hanya RM900,000 sahaja. Tapi berkait-kait dan saya congak-congak jumlah hutang saya sekarang RM5 juta hingga RM7 juta.
Ada juga pihak yang datang ke rumah menuntut, tapi saya tiada duit nak bayar. Bukan saya tak mahu bayar cuma sedang berusaha.
Dalam temu bual sama, Datuk Red turut mengesahkan akaun TikTok menggunakan nama @Datored yang tular sejak semalam adalah kepunyaannya.
Terdahulu, Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan Adira dan suaminya Datuk Seri Adnan gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai berhubung proses perceraian mereka.
Pada prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar