berita

Datuk Seri ‘Macau Scam’ Panjat Pagar SPRM Dah Kena Tahan

October 27th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pihak polis giat memburu ‘Datuk Seri’ yang dikenali sebagai Goh Leong Yeong bagi membantu siasatan mengenai kes Macau Scam yang berlaku.

Artikel Berkaitan: Polis Buru & Dedah Wajah ‘Datuk Seri’ Panjat Pagar SPRM

Terkini, selepas 15 hari Goh Leong Yeong @ Alvin melarikan diri, dia sudah berjaya ditahan oleh pihak polis pada 1.20 pagi tadi.

Sudah ditahan

Goh melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu. Ketika kejadian, Goh ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman. Suspek dikehendaki polis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Memetik laporan Harian Metro, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas yang diadakan oleh pihak polis bagi memburu suspek.

Ketika kejadian

Sebelum ini, suspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan bantuan sebuah kenderaan yang sudah bersiap sedia menunggunya di luar pagar.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Goh dikehendaki bersabit siasatan yang melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana dia terlibat dalam penganjuran judi secara atas talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pihak SPRM sebelum ini telah membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×