Pada 24 September 2012 lalu, pihak media telah melaporkan insiden berkaitan anak tiri Dato Siti Nurhaliza, Ashraf telah bertemu dengan pelakon jelita Rozita Che Wan secara peribadi di sebuah majlis tertutup untuk mendapatkan kepastian benarkah wanita tersebut mahu mengahwini bapanya.
Berikutan insiden tersebut, penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan anak tirinya itu hanyalah sebagai satu gurauan dan beliau tidak mahu memandang serius berkaitan isu tersebut.
Saya dan suami (Dato Khalid Mohd Jiwa) baru sahaja mengetahui mengenai cerita ini. Saya ada bertanyakan pada Ashraf sendiri tentang pertanyaannya terhadap Rozita Che wan dan ternyata dia memberitahu ia hanyalah gurauan sahaja.
Pada masa yang sama, Dato Siti juga tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan oleh pihak lain.
Merujuk kepada laporan sebelum ini, Rozita Che Wan telah meluahkan rasa terkejut apabila disapa oleh seorang lelaki lalu bertanyakan soalan berkaitan dirinya dan Datuk Khalid. Selain itu, pelakon wanita ini juga menyatakan dia sebenarnya tidak mengenali Datuk Khalid secara peribadi dan tidak meminati lelaki yang sudah berkahwin.
Oleh itu, Rozita Che Wan meminta agar semua pihak tidak mengaitkan lagi isu berkaitan dirinya dan Datuk Khalid kerana dia tidak mahu melukai hati Dato Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar.
Sumber : Murai.com