Pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita mengenai pelakon popular, Adi Putra yang dikejarkan ke sebuah hospital kerana mengalami masalah kesihatan.
Menurut isterinya, Aida, 38, Adi Putra difahamkan masih didalam wad kecemasan disebuah hospital yang tidak didedahkan namanya. Berita ini mula dikongsi oleh Aida menerusi laman Instagram-nya ketika Adi Putra dibawa oleh sebuah ambulans.
Sebentar tadi, menerusi Utusan, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita mengatakan Datuk Yusof Haslam telah dikejarkan ke Hospital Tawakal yang terletak di ibukota setelah rebah di rumahnya sekitar pagi tadi.
Anaknya, Syamsul Yusof ketika ditanya memberitahu punca ayahnya rebah masih belum diketahui. Sehingga kini, pihak hospital masih lagi cuba untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelakon dan juga pengarah filem terkenal itu.
Apa pun kita doakan semoga kedua-dua mereka tidak mengalami masalah yang serius.
Update:
Melalui laporan mStar Online, OHBULAN! difahamkan Datuk Yusof Haslam menghidap penyakit batu karang dan akan menjalani pembedahan secara laser di bahagian kanan perutnya pada petang ini bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.
Untuk pengetahuan, Yusof dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun untuk mengerjakan solat subuh dan mengalami kencing berdarah.