berita

David Blaine Tonjol Aksi Silap Mata Berisiko Di Kuala Lumpur September Ini!

July 10th, 2014 | by Ai
Hollywood

David-Blaine-Wallpapers-13

Berita baik buat penggemar dunia magis. Kami ada sesuatu nak beritahu anda. Tak lama lagi, ahli silap mata terkenal, David Blaine bakal membuat persembahan di Malaysia tak lama lagi.

Kalau nak tahu, ini merupakan jelajah Asia pertama Blaine yang dibawakan oleh LOL Events & Livescape Asia dan bakal membawa anda menyaksikan magis penuh ilusi dan aksi mendebarkan.

Showcase yang diberi nama David Blaine Real or Magic Asia Tour Live in Malaysia 2014 ini bakal diadakan di Stadium Negara pada 5 September 2014 nanti.

davidblaine

Menariknya, persembahan yang bakal mengambil masa selama 90 minit ini pastinya akan membuat anda teruja dengan persembahan yang akan meninggalkan tanda tanya. Dah nama pun magis kan? Hehe!

Dengar cerita Blaine bakal mengubah pandangan masyarakat tentang sihir dan ilusi dalam persembahannya dengan menampilkan aksi bernafas tanpa bantuan oksigen dalam air dan juga beberapa lagak silap mata yang tak masuk akal!

harga

Kalau korang nak tahu, dalam sejarah dunia magis, aksi yang bakal dilakukan ini pernah dibuat oleh seorang ahli silap mata lain iaitu Harry Houdini. Bagaimanapun, Harry maut selepas melakukannya.

Adakah Blaine berjaya melakukannya atau bakal menerima nasib yang sama? Sama-sama kita nantikan. Kami pasti ini bakal memberi inspirasi buat anda memahami apa yang mustahil.

Dah teruja nak menonton persembahan Blaine, tapi tak tahu bagaimana? Jangan risau, tiket boleh didapati dengan melayari laman web Ticketpro atau hubungi talian 03 7880 7999 untuk sebarang pencerahan.

SKIP THIS AD ×