berita

David Guetta Turun Malaysia Oktober Ini

August 13th, 2012 | by Ai
Hollywood

Saat yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Para peminat David Guetta di Malaysia pasti sudah tidak sabar untuk menyaksikan dj nombor satu dunia ini beraksi bukan?

Bagi pengguna-pengguna tegar Twitter, OHBULAN! pasti sudah ramai yang tahu mengenai hal ini bukan?

Disahkan sendiri oleh Future Sound Asia, dj kelahiran Perancis ini bakal turun ke Malaysia pada 12 Oktober 2012 ini di Litar Antarabangsa Sepang. Pengumuman ini dibuat minggu lepas melalui akaun Facebook rasmi dan Twitter Future Sound Asia.

Untuk pengetahuan, David Guetta berjaya merampas takhta sebagai dj nombor satu dunia apabila dia mengalahkan pesaing terdekat, Tiesto dan Armin Van Buuren. David Guetta sudah lama berada di dalam industri dj, iaitu sejak penghujung 80an dan membawakan genre ‘house’.

Future Sound Asia sebagai penganjur sebelum ini pernah membawa dj-dj besar seperti Tiesto, Paul van Dyk, Calvin Harris, Sander Kleinenberg, Pete Tong, Mat Zo, Darren Emerson, Above & Beyond, dan juga Marco V.

SKIP THIS AD ×