Penyanyi, Dayang Nurfaizah tidak dapat menahan sebak di sesi pra-dengar album terbaharu ‘Janji’ apabila menceritakan tentang lagu ‘Mencintai Cinta’.
Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Terkilan & Sedih Rakam Lagu Terakhir Rudy Imran
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Tulis Komen & Tanya Dayang Sakitkah?’
Teruskan demi Allahyarham Rudy Imran
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Dayang memberitahu lagu sentuhan komposer Ajai itu sepatutnya dirakamkan dua tahun lalu, namun, ditangguhkan kerana Covid-19.
Ujarnya, Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Doty memilih untuk meneruskan rakaman lagu hasil ciptaan arwah kerana dorongan daripadanya.
Saya tidak sihat tapi masih masuk studio untuk proses rakaman. Bila dengar rakaman semula, Ajai tidak berpuas hati dan minta saya pulang.
Rupa-rupanya saya positif Covid-19 masa itu.
Walau bagaimanapun, saya kena ketepikan apa yang saya rasa dan fokus. Abang Ajai pun bantu. Apa yang saya tahu, saya kena juga habiskan lagu ini. Dah tak boleh tunggu. Itu je semangat saya ketika itu.
Alhamdulillah akhirnya lagu ini berada sekali dalam album terbaru saya, ‘Janji’.
Dayang yang ditemui pada sidang media Pelancaran album terbaharunya di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, petang semalam.
‘Tak mahu bayangkan wajah dia’
Bagaimanapun, Dayang memilih untuk tidak membayangkan wajah sahabat baiknya, arwah Rudy Imran bagi mengawal emosi dalam menyampaikan lagu tersebut.
Saya tidak mahu membayangkan wajahnya. Nanti proses rakaman terganggu.
Arwah tiada tinggalkan apa-apa pesan cuma dia cakap jangan tunggu dia dan teruskan saja proses rakaman bagi lagu ‘Mencintai Cinta’.
Album ‘Janji’ ini merupakan album studio yang ke-11 dan menampilkan koleksi 13 lagu yang disusun teliti oleh pelantun lagu ‘Lelaki Teragung’ itu.
Penyanyi Aishah Retno juga merupakan salah seorang komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini.
Jangan lupa untuk mula strim album baharu ‘Janji’ yang kini boleh didapati di semua platform.