berita

DBKL Ambil Tindakan Tegas Beku Permohonan Baru, Perbaharui Lesen Minuman Keras

June 2nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Ekoran peningkatan kes kemalangan membabitkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol, pihak berkuasa tempatan sedang meneliti cara untuk membendung masalah ini dari terus belaku. Menerusi laporan Harian Metro, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan di mana semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara telah dibekukan secara serta merta.

Dibekukan lesen menjual arak

Semalam, menerusi Twitter Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, beliau menegaskan bahawa kejadian kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk harus dipandang serius. Tambah beliau lagi, pengeluaran lesen baru wajar dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

Tindakan keras bakal diambil

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen

Terkini, DBKL menerusi Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja menyatakan bahawa tindakan tegas bakal dikenakan ke atas mana-mana peniaga yang ingkar meneruskan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen. Hal ini adalah salah satu cara mengurangkan masalah melibatkan pemandu mabuk.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×