Deborah Priya Henry adalah nama yang tidak asing lagi di Malaysia dan pernah mengharumkan nama negara apabila dipilih mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2007 serta telah menjadi antara 16 peserta terbaik.
Bakatnya tidak terbatas dalam bidang peragaan sahaja malah terbukti dalam bidang pengacaraan. Terbaru Deborah mengacarakan rancangan travelog mengenai perkahwinan iaitu ‘Destination Wedding’ di ‘Travel Chanel HD’ yang akan disiarkan di rangkaian televisyen berbayar Unifi dan di seluruh dunia.
Bercerita tentang pengalamannya semasa pengambarannya di enam buah negara antaranya Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, Taiwan dan tidak terkecuali Malaysia, Deborah sangat teruja denga kepelbagaian dan keunikan perkahwinan yang ditempuhinya.
“Saya sendiri tidak pernah tahu betapa banyaknya pekara yang melibatkan perkahwinan dan begitu banyak yang perlu dilakukan dalam penyediaan dan persediaan perkahwinan, sehinggalah saya mengacarakan program ini.”
Menurut model dan pengacara serba boleh ini, pelbagai pengalaman menarik ditempuhinya sepanjang pengambaran dilakukan.”Apa yang menarik dan menyeronokkan adalah berpeluang bersama-sama pasangan pengantin yang berbeza di setiap destinasi pengambaran,” ujarnya lagi.
Destination Wedding mempunyai 6 episod kesemuanya yang meliputi 6 buah negara di Asia. Rancangan ini, akan menemui penonton di saluran 145 HyppTv, rangkaian televisyen berbayar Unifi pada 6 Desember, jam 7.30 petang.