berita

Deejay Hitz.fm, JJ & Ean Digantung Kerja?

July 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rugi tak dengar radio Hitz.fm hari ini. Berita terbaru dari rakan media, Beautifulnara melaporkan bahawa deejay terkenal Hitz.fm iaitu JJ dan Ean telah digantung kerja sebagai penyampai radio Hitz.fm.

Punca mereka digantung masih belum dapat dipastikan namun ianya dipercayai berpunca dari silap JJ & Ean sendiri kerana terlepas cakap. Melalui Twitter JJ, dia menulis satu status mengenai perkara yang mungkin dianggap kecil oleh orang lain, tapi tidak bagi sesetengah orang.

Penggantungan mereka berdua masih menjadi tanda tanya buat para peminat, namun satu lagi status dari Twitter rasmi Hitz.fm telah mengesahkan bahawa mereka berdua telah digantung kerja buat sementara waktu.

OHBULAN! sendiri terkejut dengan berita ini memandangkan JJ & Ean adalah penggerak utama Hitz.fm. Mungkin juga ini adalah salah satu gimik ataupun salah satu dari bahagian dalam rancangan “Gotcha”? Tapi, mana mungkin mereka berdua pula yang di-“Gotcha”-kan.

Apa pun, kita tunggu keputusan rasmi dari radio Hitz.fm sendiri selepas ini ya.

SKIP THIS AD ×