berita

Dekati Secara Dekat 5 Pemimpin Paling Tua Di Dunia

May 20th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara bukan sesuatu tugas yang mudah. Malah, ianya memerlukan kriteria tertentu untuk dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan rakyat. Agak sukar bagi seseorang pemimpin itu melaksanakan tugasnya tanpa pengalaman yang baik dalam dunia politik.

Oleh demikian, kami kongsikan kepada anda 5 pemimpin yang paling tua dan masih memegang jawatan dalam kepimpinan negara. Tak sangka Malaysia tersenarai dalam Top 5 dunia.

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan di Alor Setar, Kedai pada 10 Julai 1925. Beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali iaitu pada 16 Julai 1981 dan terkini pada 10 Mei 2018.

Tokoh politik ini telah berkahwin dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogoos 1956 dan dikurniakan 4 cahaya mata manakala memiliki 3 orang anak angkat. Beliau juga merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar iaitu MAHA Klinik pada 1957.

2. Ratu Elizabeth II

Ratu Elizabeth II, Elizabeth Alexandra Mary telah dilahirkan pada 21 April 1926 di London, England. Ratu Elizabeth II merupakan anak sulung dari Raja George VI dan Ratu Elizabeth.

Ratu Elizabeth II telah berkahwin dengan Putera Phillip (Duke of Edinburgh) dan pasangan ini telah dikurniakan 4 orang anak iaitu Putera Charles, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward.

Atas kematian ayahanda pada 6 Februari 1952, Ratu Elizabeth II telah diangkat sebagai Ketua Komanwel. Dalam sejarah Monarki Britania Raya, Ratu Elizabeth II telah memerintah selama 66 tahun dan sekaligus mengalahkan Ratu Victoria yang hanya 63 tahun pemerintahan saja.

3. Beji Caid Essebsi

Mohamed Beji Caid Essebsi merupakan pemimpin ketiga tertua di dunia. Beliau dilahirkan pada 29 November 1926 di Sidi Bou Said, Tunisia dan menjadi Perdana Menteri yang ke-18 bermula Februari 2011 hinggan Disember 2011.

Beliau telah mula menceburi diri dalam dunia politik pada 1941. Selain itu, beliau merupakan bekas pelajar dalam jurusan perundangan di Paris dan pernah menjadi peguam pada tahun 1952 di Tunir.

4. Kim Yong-nam

Presiden Korea Utara, Kim Yong-nam telah dilahirkan pada 4 Februari 1928 di Pyongyang dan merupakan pemimpin keempat tertua di dunia. Beliau memegang jawatan Presiden Majlis Tinggi Korea Utara sejak 1988.

Selepas bergraduasi dari Rostov State University, beliau telah berkhidmat sebagai guru di salah sebuah di negara itu. Mula aktif dalam dunia politik pada 1983 setelah dilantik menjadi Menteri Luar Negeri Korea Utara (1983-1998) dan menjadi Presiden Korea Utara pada 5 September 1998.

5. Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilahirkan pada 16 Jun 1929 di Bandar Kuwait. Beliau merupakan pemimpin ke-5 di negara tersebut dan juga merupakan Panglima Angkatan Tentera Kuwait.

Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Luar Negeri Kuwait selama 40 tahun sejak 1963 hingga 2003. Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Al Mubarakya pada 1930.

Pemimpin ini telah menamatkan zaman bujang bersama Sheikha Fatuwah binti Salman Al-Sabah (telah meninggal dunia) dan dikurniakan 4 orang anak. 2 daripadanya telah meninggal dunia akibat kanser payudara dan kemalangan jalan raya.

Sumber: Viral Media Johor, Iluminasi

SKIP THIS AD ×