berita

Demi Cari Kelainan ‘Content’, Youtuber Ini Sanggup Terjun Jambatan Sehingga Tulang Tengkorak Retak

December 2nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Demi mencari kelainan, seorang YouTuber di Texas, Amerika Syarikat cedera parah selepas terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan Pennybacker Bridge menyebabkan tulang tengkorak lelaki itu retak, Isnin lalu.

Menurut laporan The Sun, kecederaan dialami YouTuber itu, Saa Fomba, menyebabkan dia dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menerima rawatan. Walaupun menghadapi kecedaraan yang teruk, dia tetap memuat naik video itu di saluran YouTube pada jumaat lalu.

Ketagihan mencari ‘content’

Foto: Dailymail

Video berdurasi 16 minit itu dimuat naik oleh Saa Fomba sendiri pada Jumaat lalu dan sudah mencecah 55,000 tontonan. Menerusi rakaman video itu, Fomba memanjat struktur paling tinggi pada jambatan berkenaan. 

Dia kemudiannya mengangkat kedua-dua belah tangan sebelum terjun ke sungai. Klip video itu dipercayai dirakam oleh seorang wanita. 

Saya harap video ini dapat memberi semangat kepada anda untuk mengejar impian anda. Saya tak nampak keseronokan dalam menjalani kehidupan yang normal.

Dia sempat memberi pesanan kepada ‘subscribers’ untuk sentiasa mengejar impian, sebelum dia terjun dari jambatan itu. 

Sejurus Fomba terjun ke dalam sungai, dia kemudian dilihat melambai ke arah bot dan kemudian dibantu untuk dibawa ke tebing. Susulan itu, ambulans bergegas ke lokasi dan membawa dia ke hospital berdekatan.

Puas hati merealisasikan impian

Selepas kejadian, Fomba berkongsi satu lagi video untuk bercerita tentang perkembangan terkininya.

Mati selepas lompat dari jambatan tidak bermaksud mati sia-sia. Anda mati dalam mengejar impian anda. Akibat dari kejadian ini, mungkin saya akan diambil tindakan undang-undang. Saya masih boleh berjalan walaupun retak pada bahagian tengkorak.

Menerusi video itu Fomba turut berkata tentang situasi kesihatannya dan mungkin dia akan diambil tindakan undang-undang. Ini kerana, terjun dari jambatan merupakan kesalahan undang-undang di  Sungai Colorado. 

Namun, tindakan undang-undang atas perbuatannya itu masih tidak dapat dipastikan.

Sumber: The Sun.

SKIP THIS AD ×