berita

Demi Kerjaya Permotoran, Khairul Idham Pawi Nekad Potong Jari Kelingking

August 28th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Keputusan memotong jari kelingking kanan merupakan pengorbanan besar untuk Khairul Idham Pawi dalam karier perlumbaannya. Ini dilakukan demi masa depannya dalam arena sukan permotoran yang didominasinya.

Alami retak serius

Menurut laporan Berita Harian, pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing itu nekad dengan keputusannya itu apabila mengalami kecederaan di jari sama ketika Grand Prix (GP) Republik Czech awal bulan ini. Khairul juga mengalami retak serius ketika menyertai saingan kelas Moto2 di sesi latihan bebas GP Sepanyol 2019. Khairul terpaksa diketepikan daripada saingan kelas pertengahan sehingga hujung 2019 selepas menjalani dua pembedahan bagi memperbaiki struktur jari .

Tak boleh bengkok

Saya okey selepas pembedahan dan (keadaan) jari saya daripada tahun lalu, tak boleh bengkok kerana ada skru. Saya jatuh di Brno (GP Republik Czech), jari saya retak, jadi saya tak ada pilihan bagi masa depan. Bagi saya, sekiranya saya mengekalkan jari ini, kalau terjatuh atau berlaku apa-apa, agak mudah untuk ia kembali patah. Apapun, saya sudah berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan ini. Memang satu keputusan sukar untuk memotong jari saya tetapi demi masa depan, saya cuba yang terbaik bagi meningkatkan lagi keserasian (ketika menunggang).

Terkenal dengan julukan SuperKIP itu menyaksiakn dia kembali beraksi dalam saingan kompetitif di GP Qatar awal Mac lalu di mana saingan kali terakhir yang disertainya adalah pada 2016 yang menyaksikannya berjaya merangkul dua kemenangan di GP Argentina dan Jerman.

Menurut Khairul, jarinya itu tidak boleh dibengkokkan kerana mempunyai skru. Dia juga risau jika berlaku sesuatu pada jari tersebut jika jatuh lagi di masa hadapan dan dengan keputusan itu, tidak akan ada lagi gangguan padanya dan masih dalam pemerhatian doktor. Tambahnya lagi, dia berharap akan pulih sepenuhnya supaya dapat memberi tumpuan penuh kepada latihan dan perlumbaan seterusnya di Misano nanti.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×