berita

Demi Meraih Wang Dari Orang Ramai, Wanita Ini Sanggup Menipu Hidap Kanser Payudara

January 9th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang wanita sanggup membuat kenyataan palsu dengan mengatakan dirinya didiagnos kanser demi meraih wang dari orang ramai.

Artikel Berkaitan: Peroleh RM2 Juta Hasil Tagih Simpati Orang Ramai, Wanita ‘Penipu’ Hanya Perlu Bayar Denda RM26

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto ‘Jenazah’ Sendiri Sebab Enggan Bayar Hutang, Wanita Pura-Pura Maut Dalam Kemalangan

Raih duit dari umum

Menerusi laporan Daily Mirror, wanita yang bernama Camilla Maria Barbosa dos Santos itu gigih menipu demi meraih wang secepat mungkin.

Wanita berumur 27 tahun itu sanggup mencukur rambutnya sehingga botak supaya penampilan dirinya seperti sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Katanya lagi, keseluruhan wang yang diterima akan digunakan bagi menampung kos rawatan ‘penyakitnya’ itu.

Wanita tersebut juga berani mati memberitahu pihak polis bahawa dirinya menghidap penyakit kanser payudara pada 2017 dan sel kansernya telah berkurang. 

Bagaimanapun, penipuan itu tidak berjaya selepas dia gagal mengemukakan bukti dirinya didiagnos kanser payudara.

Beberapa penderma yang membayarkan kos ubatnya merasakan curiga tentang sikap wanita itu.

Pihak Hospital Araujo Jorge, yang dikatakan tempat di mana Camilla mendakwa dia menjalani rawatan sejak Julai lalu turut menafikan wanita itu pesakit di situ.

Difahamkan, suspek masih belum ditahan dan gambarnya sudah disebarkan supaya dapat dijejaki oleh mangsa-mangsa yang lain.

Sumber: Daily Mirror

SKIP THIS AD ×