berita

Demi ‘Views’ Di TikTok, Remaja Tuang Cecair Pencuci Baju Dalam Kolam Shopping Mall Ditahan

March 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai menuangkan cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan sebuah pusat membeli-belah di Kluang, Johor tular di media sosial dan meraih kecaman daripada wargamaya.

Video penuh:

Memetik laporan Harian Metro, tindakan sekumpulan remaja bermotosikal ini mengundang padah berikutan pihak pengurusan pusat membeli-belah berjaya mengesan tindakan tidak bertanggungjawab mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kumpulan remaja ini dikatakan berbuat demikian berikutan kemaruk untuk meraih tontonan tinggi menerusi aplikasi TikTok sebelum bertindak menuangkan cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan.

Ujar Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng lapan remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun telah ditahan dan tiga daripadanya masih bersekolah.

Kira-kira jam 4 petang semalam, polis mengesan rakaman video tular berdurasi 55 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook (FB) memaparkan tingkah laku penunggang motosikal membuat khianat terhadap harta di pusat beli-belah itu.

Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu jam 5.30 pagi dan susulan rakaman video itu, polis mengenal pasti semua suspek. Mereka ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sri Lalang jam 9.30 malam tadi.

Negatif dadah

Sekadar gambar hiasan

Ujar Low lagi, hasil ujian pemeriksaan urin terhadap kesemua suspek mendapati mereka negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta.

Polis mengingatkan perbuatan vandalisme atau membinasakan harta benda awam dan harta benda orang lain boleh diambil tindakan undang-undang.

Mana-mana pihak yang sengaja melanggar undang-undang akan diambil tindakan tanpa kompromi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×