berita

Demi Watak, Farid Kamil Sanggup Berpurdah Labuh Curi Masuk Majlis Ceramah Anwar Ibrahim

May 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon, Farid Kamil merupakan pemeran utama filem biopik berjudul Anwar: The Untold Story yang mengisahkan perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik tanah air.

Artikel Berkaitan: Power! Filem Anwar: The Untold Story Raih Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Tersentuh Tonton Filem ‘Anwar’ – ‘Dialog Tidak 100% Tepat, Tetapi Isu Dibangkitkan…’

Sebelum ini, Farid ada berkongsi kepada media dengan menyatakan dia telah melakukan beberapa kajian dan selidik tentang figura bernama Anwar Ibrahim bagi mendalami watak tersebut.

Berpurdah jumpa Anwar

Malah, aktor berusia 42 tahun itu turut mendedahkan antara salah satu usaha yang dilakukan adalah menghadiri ceramah Anwar dengan penampilan berpurdah disebabkan peluang untuk mendekati Perdana Menteri ke-10 itu begitu terhad.

Pendedahan tersebut turut dibuktikan Farid selepas dia memuat naik sepotong video terbaharu di laman Instagram miliknya yang menyaksikan dirinya benar-benar mengenakan purdah labuh berwarna hitam ketika menghadiri ceramah Anwar di Melaka pada hujung tahun lalu.

Undercover. Antara cabaran dan tugas saya bagi menghadiri ceramah Perdana Menteri X Datuk Seri Anwar Ibrahim di Melaka pada hujung 2022.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur menyaksikan gelagat ayah kepada dua cahaya mata itu.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan wajah Farid berhijab persis isterinya, Diana Danielle.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×