berita

Demi Ysuku, Personaliti Media Sosial Ini Sanggup Jual Kereta Honda Civic Miliknya!

September 19th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Siapa yang tak kenal dengan instafamous Chazynash yang sering menghiburkan kita dengan video parodi yang lucu bersama isterinya di laman Instagram dan Youtube.

Terbaru, disebabkan ‘demam’ Ysuku, lelaki ini sanggup menjual kereta Honda Civic 1.5 Turbo miliknya semata-mata untuk membeli motosikal Yamaha Ysuku.

Jual Honda Civic demi Ysuku

https://www.instagram.com/p/B2YNuhzA8rf/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Sebelum ini, Chazynash ada memuat naikkan satu posting mengenai hasratnya untuk membeli Yamaha Ysuku atau Ducati Panagile.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari netizen dan rata-rata daripada mereka memberi cadangan supaya membeli motosikal Ysuku kerana ianya lebih murah dan mengikuti trend zaman sekarang.

Berikutan dengan hasratnya itu, dia kemudian bercadang untuk menjual kereta Honda Civic 1.5 Turbo untuk ‘menggantikan’ dengan Ysuku.

Saya nak jual Honda Civic 1.5 Turbo saya, sebab saya nak beli Ysuku, nak tune baik punya! Ada yang berminat tak? Harga boleh nego. Janji saya dapat beli Ysuku saya.

Honda Civic ‘bertemu’ pemilik baru

Tindakannya itu turut dipersoalkan oleh netizen kerana mereka menganggap cadangan untuk menjual kereta demi Ysuku adalah satu perkara yang tidak masuk akal dan merugikan kerana harga kereta jauh lebih mahal berbanding Ysuku.

Mereka juga turut meminta agar Chazynash supaya lebih fikir akan keperluan kereta untuk kegunaan keluarganya itu.

Namun, Chazynash tetap meneruskan niatnya apabila dia memuat naik satu posting yang menunjukkan dia telah berjumpa dengan pembeli kereta Honda Civic miliknya itu.

Alhamdulillah, buyer puas hati dengan kereta. Bye bye Honda Civic, Helo Ysuku

Fatin Morat tak sabar dah nak pergi beli Ysuku. Hehe sabar ok sayang, nanti kita pergi showroom Ysuku awak pilih warna.

Sumber: Chazynash

 

SKIP THIS AD ×