berita

Dendam Kesumat Ditinggalkan, Lelaki Psiko Panah Bekas Isteri Hingga Tusuk Jantung

November 7th, 2019 | by faris
Kini Trending

Tidak semua perkahwinan akan kekal bahagia ke akhirnya. Dek jodoh tidak panjang, ada yang terpaksa berpisah walaupun tanpa kerelaan dua belah pihak. Seorang lelaki di London, bagaimanapun mengambil keputusan di tangan sendiri akibat dendam ke atas bekas isterinya.

Setahun rancang serangan dendam

Ramanodge Unmathallegado mengambil masa setahun untuk ‘bersedia’ membunuh bekas isterinya, Devi. Perkara itu dilaporkan laman Metro UK, setelah kes itu diperdengarkan di mahkamah baru-baru ini. Lelaki itu dipercayai berbuat demikian selepas bekas isterinya itu bertindak lari dan bersama seorang lelaki lain.

Ramanodge sampai di rumah keluarga Devi di London Timur lengkap dengan dua panah untuk membunuh Devi dan teman barunya, Imtiaz Muhammad. Rancangan asal Ramanodge bagaimanapun terbantut apabila Imtiaz menyerbu tempat persembunyiannya dengan senjata.

Lelaki pendendam itu kemudian mengejar Devi yang juga ibu 5 anak dan memanahnya. Devi kemudian cuba menyelamatkan diri namun anak panah berkenaan menembusi badannya, menyebabkan kecederaan teruk dalaman termasuk mencucuk jantung.

Anak berjaya diselamatkan

Devi yang ketika diserang sedang sarat hamil tidak dapat diselamatkan, bagaimanapun kandungannya berjaya dilahirkan dengan pembedahan. Pendakwaraya Richard Horwell QC berkata apa yang dilakukan Ramanodge adalah satu dendam yang dirancang untuk menyebabkan kecederaan dan sekaligus kematian wanita itu.

Selain Devi, matlamat utama suspek juga adalah untuk membunuh pasangan barunya, Imtiaz. Suspek juga telah bersiap sedia untuk menyerang berbulan lamanya dengan menyimpan panah, anak panah, selain melakukan tinjauan di rumah mangsa.

Sumber: Metro UK

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×