Jogjakarta merupakan bandar di kepulauan Jawa Indonesia yang terkenal dengan adat tradisional kejawaan klasik. Malah, bandar ini juga kaya dengan kesenian dan budaya seperti batik, drama pentas, tari Jawa, muzik. puisi klasik dan pertunjukan wayang kulit.
Nora Azlan, pengguna Facebook berkongsi tips percutian ke Jogjakarta hanya dengan bajet bawah RM 300 untuk 3 hari 2 malam saja. Anda juga boleh meluangkan masa dengan keluarga dan rakan sambil menikmati panorama semulajadi disini.
Senarai bajet
Sebelum berangkat ke Jogjakarta, anda dinasihatkan untuk check nilai mata wang dan tukar ringgit ke rupiah. Hal ini kerana bagi menjimatkan masa untuk tidak mencari kedai pengurup wang.
Malah, gadis ini menyenaraikan beberapa bajet kasar perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan dan sim card telefon.
Hari pertama
Kalau ke Indonesia, tak sah kalau tak makan bakso atau ayam penyet. Ini adalah antara makanan yang famous di sana. Harga pun murah dan berpatutan.
Hari kedua
Banyak aktiviti menarik yang dapat anda lakukan disana seperti menikmati keindahan pantai, naik gondola, titi gantung dan menikmati kehijauan hutan Pinus.
Semestinya keindahan dan udara hijau di hutan Pinus menjadi perhatian pelancong setiap kali datang ke Jogjakarta ini. Ini kerana kebersihan dan kehijauan hutan yang dapat menarik anda seolah berada di Hutan Hujan Amazon.
Hari ketiga
Bajet keseluruhan hanya bawah RM 300 saja untuk percutian Jogjakarta selama 3 hari 2 malam. Anda dinasihatkan agar tidak lupa segala barang peribadi terutamanya passport dan wang.
Penduduk disana juga sangat menyambut baik kehadiran pelancong dan jangan lupa untuk beli ole-ole sebagai tanda kenangan di Jogjakarta.
Credit: Nora Azlan