berita

Dengan Kuasa Viral, Setelah 19 Tahun Gadis Indonesia Berjaya Temui Wali Nikah Di Malaysia

July 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kesabaran menanti dan usaha mencari selama 19 tahun, akhirnya seorang gadis warga Indonesia berusia 19 tahun iaitu Nurul Happy Zalindra berjaya menemui ayah kandungnya di Malaysia. Lebih menyentuh lagi apabila usaha itu turut dibantu stranger media sosial, Nur Lyana Aqilah dan dengan pertolongan pengguna di laman Twitter.

Dia DM saya di Instagram

Memetik laporan Sinar Harian, gadis warganegara Indonesia itu terpisah selepas ibu kandung pulang ke Indonesia dan melahirkannya negara itu. Sejak dari itu, dia dan keluarga hilang jejak seorang ayah kandung tetapi hanya dimaklumkan alamat terakhir ayah di Simpang 3 Keladi di Kulim, Kedah.

Lyana Aqilah menceritakan dia menerima DM melalui Instagram dan langsung tidak mengenali gadis Indonesia itu. Difahamkan Nurul Happy Zalindra berhasrat ketemu ayahnya untuk dijadikan sebagai wali nikah.

Iza menghubungi saya menerusi ‘direct message’ (DM) di Instagram. Sejujurnya saya tidak kenal langsung dengan Iza dan sebelum saya membuka mesej di Instagram, saya mengambil langkah berhati-hati kerana bimbang scammer. Ternyata Iza bukan scammer dan saya membalas mesejnya.

Iza bertanya saya tinggal di mana dan sebaik mengetahui saya tinggal di Kedah, dia mula memperkenalkan diri menerangkan tujuannya mahu mencari bapanya di Malaysia sebagai wali akad nikahnya.

Warga Twitter beri nomber telefon

Terdahulu Lyana Aqilah meminta gadis tersebut untuk terus berhubung dan memberi maklumat kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, dia terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Atas kekangan itu, saya meminta maklumat terperinci seperti, nama, alamat, dan gambar bagi memudahkan saya mencari bapanya. Sebelum pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, saya memuat naik beberapa maklumat peribadi bapa Iza di Twitter sekitar jam 12.20 tengah hari pada 6 Julai lalu.

Selang tiga jam kemudian, saya menerima mesej dari warga Twitter dan memberi nombor telefon dipercayai bapa Iza. Saya terus menghubungi nombor itu dan ternyata benar, pemilik nombor telefon itu ialah bapa Iza yang selama ini dicari.

Saya gembira bercampur hiba melihat mereka. Saya langsung tidak menyangka walaupun tidak kenal Iza namun Allah menggerakkan hati saya untuk membalas DM di Instagram selain bantuan warga Twitter yang mengulang kongsi di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×