berita

‘Dengan Rendah Hati Saya Ingin Memohon Maaf…’ – Imam Masjid Putra, Putrajaya

September 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan orang kenamaan atau VVIP yang memasuki ke dalam masjid tanpa perlu beratur seperti jemaah lain. Video tersebut bagaimanapun, membangkitkan amarah dalam kalangan warganet. Namun, pihak Masjid Putra Putrajaya menerusi satu kenyataan tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Artikel Berkaitan: Masjid Putrajaya Respon Dakwaan Layanan ‘Double Standard’ Nak Solat Jumaat – ‘Kuota 300 Orang’

Tidak berakhir di situ, Imam Besar Masjid Putrajaya, Ustaz Ikmal dipercayai tidak reda atas penyebaran video berkenaan dan meminta individu yang bertanggungjawab untuk tampil memohon maaf kepadanya.

Tampil mohon maaf

Foto: Tangkap layar video

Terbaru, menerusi video yang dikongsi Masjid Putra Putrajaya, Ustaz Ikmal tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

Saya Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim Imam Besar Masjid Putra Putrajaya dengan ini ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang mengetahui kes ini secara jauh dan dekat. Di atas reaksi saya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video yang tular di media massa dan media sosial seluruh negara hari Jumaat yang lalu.

Beliau pada masa yang sama, turut berjanji akan memperbaiki pelaksanaan standard operasi standard (SOP) sedia ada. Di hujung video tersebut, beliau mengajak para jemaah untuk terus mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak masjid.

Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf di atas segala ketelanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai pelaksanaan SOP khasnya di Majid Putra Putrajaya.

Video penuh:

Sumber: Masjid Putra Putrajaya

SKIP THIS AD ×