Gambar sekadar hiasan
Budaya ziarah menziarahi sudah lazim dilakukan oleh masyarakat kita semasa Hari Raya. Namun kekeliruan yang sering timbul ketika berjumpa sanak-saudara adalah siapa yang boleh kita bersalaman dan siapa pula yang tidak boleh.
Jangan pening-pening, OhBulan! kongsikan penjelasan hukum hakam bersalaman dengan sanak-saudara di Hari Raya.
Mahram bagi lelaki (boleh bersalaman)
Foto: UNIMAS
Mahram bagi kaum lelaki dibahagikan kepada tiga iaitu mahram dari sudut kerabat (hubungan kekeluargaan), musaharah (perkahwinan) dan susuan.
Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat (hubungan kekeluargaan)
- Ibu kandung.
- Nenek (ibu kepada ibu).
- Nenek (ibu kepada bapa).
- Anak perempuan.
- Cucu perempuan (dari anak lelaki).
- Cucu perempuan (dari anak perempuan).
- Adik beradik perempuan seibu sebapa.
- Adik beradik perempuan seibu.
- Adik beradik perempuan sebapa.
- Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
- Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.
Iaitu anak-anak saudara perempuan atau anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.
Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah (perkahwinan)
- Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
- Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
- Ibu kepada isteri (ibu mertua).
- Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).
Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan
- Ibu susuan.
- Adik beradik perempuan susuan.
- Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
- Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
- Anak susuan perempuan.
- Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.
Bukan mahram bagi lelaki (tidak boleh bersalaman)
Gambar sekadar hiasan
Kami senaraikan pula individu-individu yang bukan mahram untuk kaum lelaki:
- Isteri kepada bapa saudara.
- Sepupu perempuan.
- Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
- Adik ipar (perempuan).
- Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.
Mahram bagi perempuan (boleh bersalaman)
Foto: UNIMAS
Bagi kaum hawa pula, mahram untuk mereka adalah seperti berikut:
- Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
- Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
- Adik beradik lelaki.
- Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
- Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
- Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
- Bapa susuan.
- Adik beradik susuan yang lelaki.
- Bapa mertua.
- Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).
Bukan mahram bagi perempuan (tidak boleh bersalaman)
Gambar sekadar hiasan
Manakala, bagi kaum perempuan pula, berikut adalah individu-individu yang bukan mahram untuk anda:
- Suami kepada ibu saudara.
- Sepupu lelaki.
- Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
- Adik ipar (lelaki).
- Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda memperoleh kefahaman dan jangan tersalah salam lagi ya..