berita

Dengan Siapa Saya Boleh Bersalaman Ketika Hari Raya? Ini Kami Kongsikan Panduan Untuk Anda

April 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Budaya ziarah menziarahi sudah lazim dilakukan oleh masyarakat kita semasa Hari Raya. Namun kekeliruan yang sering timbul ketika berjumpa sanak-saudara adalah siapa yang boleh kita bersalaman dan siapa pula yang tidak boleh.

Jangan pening-pening, OhBulan! kongsikan penjelasan hukum hakam bersalaman dengan sanak-saudara di Hari Raya.

Mahram bagi lelaki (boleh bersalaman)

Foto: UNIMAS

Mahram bagi kaum lelaki dibahagikan kepada tiga iaitu mahram dari sudut kerabat (hubungan kekeluargaan), musaharah (perkahwinan) dan susuan.

Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat (hubungan kekeluargaan)

  1. Ibu kandung.
  2. Nenek (ibu kepada ibu).
  3. Nenek (ibu kepada bapa).
  4. Anak perempuan.
  5. Cucu perempuan (dari anak lelaki).
  6. Cucu perempuan (dari anak perempuan).
  7. Adik beradik perempuan seibu sebapa.
  8. Adik beradik perempuan seibu.
  9. Adik beradik perempuan sebapa.
  10. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
  11. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.

Iaitu anak-anak saudara perempuan atau anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah (perkahwinan)

  1. Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
  2. Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
  3. Ibu kepada isteri (ibu mertua).
  4. Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan

  1. Ibu susuan.
  2. Adik beradik perempuan susuan.
  3. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
  4. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
  5. Anak susuan perempuan.
  6. Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.

Bukan mahram bagi lelaki (tidak boleh bersalaman)

Gambar sekadar hiasan

Kami senaraikan pula individu-individu yang bukan mahram untuk kaum lelaki:

  1. Isteri kepada bapa saudara.
  2. Sepupu perempuan.
  3. Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
  4. Adik ipar (perempuan).
  5. Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.

Mahram bagi perempuan (boleh bersalaman)

Foto: UNIMAS

Bagi kaum hawa pula, mahram untuk mereka adalah seperti berikut:

  1. Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
  2. Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
  3. Adik beradik lelaki.
  4. Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
  5. Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
  6. Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
  7. Bapa susuan.
  8. Adik beradik susuan yang lelaki.
  9. Bapa mertua.
  10. Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).

Bukan mahram bagi perempuan (tidak boleh bersalaman)

Gambar sekadar hiasan

Manakala, bagi kaum perempuan pula, berikut adalah individu-individu yang bukan mahram untuk anda:

  1. Suami kepada ibu saudara.
  2. Sepupu lelaki.
  3. Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
  4. Adik ipar (lelaki).
  5. Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda memperoleh kefahaman dan jangan tersalah salam lagi ya..

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SKIP THIS AD ×