berita

Dengar Jeritan Minta Tolong, Orang Ramai Selamatkan Warga Emas Berkerusi Roda Terkandas Atas Bumbung Surau

December 20th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Selangor sejak Jumaat lalu telah menyebabkan penduduk negeri itu terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara bagi mendapatkan perlindungan. Malah, ada yang terperangkap di rumah yang dinaiki air menanti pertolongan daripada pihak berwajib.

Antaranya, seorang warga emas berkerusi roda yang terkandas di atas bumbung selama sehari sebelum berjaya dibawa turun dengan bantuan orang ramai yang menjumpainya.

Seharian di atas bumbung

Video yang tular di TikTok itu menyaksikan seorang warga emas berkerusi roda terkandas di atas bumbung sebuah surau sebelum diselamatkan orang ramai. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor.

Menurut pemilik video, @khairulnizam1881, pasukannya menjumpai warga emas itu setelah mendengar bunyi jeritan meminta tolong ketika mencari mangsa banjir di kawasan tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lebih kurang 15 orang lelaki yang bertungkus lumus membantu pak cik tersebut turun dari bumbung dalam keadaan yang selamat dan tidak terjatuh dari kerusi rodanya.

@khairulnizam1881

Menurun Mangsa Banjir yg Ke 2 Pakcik Ni Lumpuh. #banjirhululangat #hululangatmenangis #squadpermudalejas #fyp #tiktokmalaysia #tiktokviral

? original sound – KNMJ18481 – KNMJ18481

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut tersentuh, dan bangga dengan keprihatinan orang Malaysia dalam membantu satu sama lain tatkala berlakunya krisis. Tidak kurang juga mereka yang mendoakan kesejahteraan buat mereka yang telah membantu pakcik tersebut.

Sumber: @khairulnizam1881

SKIP THIS AD ×