Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki ditemui mati dengan memeluk seikat wang tunai yang dibungkus di dalam beg plastik.
Artikel Berkaitan: Gadis Disumbat Hidup-Hidup Dalam Guni & Dicampak Dalam Sawah, Bapa Didakwa Sebagai Pembunuh
Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan
Mangsa asing diri daripada keluarga
Gambar sekadar hiasan
Mayat lelaki tersebut ditemui bersebelahan gerai makan di Kota Samarinda, Indonesia pada 16 Jun lalu.
Menurut Ketua Polis Samarinda, Aiptu Harry Cahyadi menemukan sepasang seluar pendek berwarna coklat, kain pelikat berwarna hijau dan beg plastik yang disangkakan pakaian di dalamnya sehari selepas mengemas barang-barang mangsa.
Namun apabila dibuka, alangkah terkejutnya apabila bungkusan tersebut mengandungi kepingan wang yang dikoyak dua.
Beliau kemudian ke pejabat pewakilan Bank Indonesia bagi mengesahkan penemuan wang RM7,260 (24 juta Rupiah) itu dan ternyata kesemuanya adalah wang tulen.
Mereka (Bank Indonesia) pun hairan, sebab selalunya penemuan wang dalam keadaan terkoyak teruk, dibakar atau dimakan anai-anai. Sebab itu mereka kata ini penemuan pertama di Indonesia.
Cahyadi mendedahkan bahawa terdapat individu yang mengakui mangsa adalah ahli keluarga mereka. Yakin dengan itu, pihaknya kemudian menjemput keluarga mangsa untuk bertemu dengan pihak bank bagi membincangkan pembayaran semula wang tersebut.
Menurut keluarga mangsa, wang itu akan digunakan untuk membaiki kubur, zakat, infaq, sedekah dan tahlil arwah selepas RM212 (700, 000 Rupiah) daripada wang tersebut berjaya diselamatkan.
Susulan itu, pihak polis telah mengenalpasti identiti mayat tersebut yang dikenali sebagai Ahmad Usuf. Mangsa dikatakan hidup terbiar bertahun-tahun walaupun memiliki keluarga.
Adik mangsa, Arida mendedahkan bahawa mangsa sudah lama menyepi dan walaupun sudah berkali-kali keluarga memujuknya untuk pulang namun mangsa tetap menolak.
Dalam pada itu, keluarga mendakwa mangsa yang berusia 66 tahun itu mengalami depresi setelah ditinggalkan kekasih dan mengasingkan diri dari keluarga sejak tahun 1978.
Mangsa pernah menyatakan bahawa dia ingin memiliki wang sebanyak RM 303 (1 juta Rupiah) dan akhirnya dia berjaya ‘memeluk’ wang tersebut.
Wang yang ditemui itu adalah pemberian orang. Bukan dari hasil mengemis.
Sumber: Tribun News