berita

Dera Anak Letak Dekat Luar Balkoni Rumah?

January 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa diletakkan di luar beranda rumahnya. Video tersebut bagaimanapun, mengundang amarah dalam kalangan warganet yang risau akan keselamatan kanak-kanak kecil itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kau Buat Apa Dekat Luar Beranda Tu Dik?

Video penuh:

Menerusi video berdurasi kurang 20 saat itu, memaparkan seorang kanak-kanak yang dipercayai ditinggalkan di bahagian luar beranda rumahnya dan turut kelihatan dua individu yang sedang mengawasinya. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan perumahan yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan motif asal insiden tersebut berlaku.

Ada individu yang mendakwa kanak-kanak tersebut seolah-olah sedang didera oleh kedua ibu bapanya yang secara tidak langsung boleh mengancam keselamatannya. Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak itu betul-betul ‘didera’ dan tiada sebarang laporan lagi daripada media tempatan.

Respon netizen

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam si pelaku dan berharap tindakan susulan dapat diambil kepada mereka yang terlibat.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×