Perlu diakui persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu memang terbaik sehingga merangkul anugerah Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).
Lagu yang penuh kontroversi itu didakwa mempunyai kaitan dengan bekas tunangnya, Elfira Loy. Bagaimanapun, pelakon kecil molek itu turut mengirimkan doa buat persembahan Sufian Suhaimi sehingga mengundang kecaman dalam kalangan netizen.
Persembahan terbaik Di Matamu
Persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu mendapat tepukan dan sorokan gemuruh dari penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. Nyanyian mengundang sebak itu turut mendapat pujian dari barisan artis tanah air dan peminat.
‘Saya doakan awak menang’
Sejurus tamat kesemua persembahan malam tadi, kelihatan pelakon Elfira Loy memuatnaik status di laman Twitter berhubung persembahan bekas tunangnya itu. Pelakon ini masih berada di Tanah Suci Mekah bersama suami dan mengirimkan doa kemenangan buat penyanyi Di Matamu.
‘Tak pernah berubah pun awak ni’
Adik kepada Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy turut memuatnaik status berbaur sindiran di Twitter rasminya. Status berkenaan seolah mendakwa penyanyi itu menggunakan publisiti terhadap kisah silamnya sehingga persembahan tersebut mendapat perhatian.
DM jela…
Dia pun tengah cuba hilangkan ‘derita’
Tak apalah, dia dah sempurnakan ‘persembahan’ dia
Sumber: Twitter Elfira Loy