Seperti yang kita tahu, semalam anak kepada selebriti cef terkenal Redzuawan Ismail iaitu Serina Redzuawan mengumumkan bahawa dia telah selamat bernikah bersama jejaka pilihan hati yang dikenali dengan nama Aidid.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Terima I Seadanya..’ – Serina Redzuawan Selamat Bernikah
Terbaru, Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan mendakwa bahawa anak perempuannya itu telah bernikah tanpa pengetahuannya. Pendedahan mengejutkan itu dikongsikan oleh Chef Wan di akaun Instagram miliknya.
‘Rina dah nikah dah pun di Siam, pa’
Foto: Instagram Chef Wan
Chef Wan mengakui agak terkejut dengan berita pernikahan Serina bersama Aidid. Hal ini kerana, dia mendakwa langsung tidak mengetahui bahawa anaknya itu telah selamat bernikah. Tambah Chef Wan lagi, dia mendakwa sama sekali tidak melarang Serina berkahwin namun berasa sedikit terkilan dengan tindakan anak perempuannya itu.
Kira-kira dua minggu lepas Serina nekad nak bernikah juga sebelum puasa. Katanya; Rina dah nikah dah pun di Siam, pa (ayah). Nak nikah rumah papa untuk urusan nikah semula di Malaysia saja. Saya tak melarang pun dia nikah. Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont u think bagus budi bahasa anak jenis begini?
Sementara itu, menerusi posting lain di Instagram, Chef Wan dia mendakwa bahawa sebelum ini dia pernah bergurau dan memberitahu Aidid supaya tidak ‘terburu-buru’ memandang lelaki itu baru dua kali berjumpa dengan Serina. Tetapi lain pula yang jadinya apabila pasangan ini dikatakan nekad untuk melangsungkan pernikahan tanpa pengetahuan bapa pengantin perempuan.
Rupanya ada orang bagi tahu saya yang mereka dah kawin di Siam ( bila dan how u need to asked them). Bila saya tanya Rina last week baru dia confessed!
‘Berhenti salahkan saya’
Foto: New Straits Times
Bercerita lanjut mengenai kisah itu, Chef Wan memberitahu segalanya terbongkar selepas dia dikatakan telah terserempak dengan anak dan menantunya itu di restoran miliknya. Di situlah baru dia tahu bahawa anak perempuannya itu sudah berkahwin. Dakwa Chef Wan, sebagai seorang bapa, dia mengakui sangat kecewa dan terkilan kerana diperlakukan sebegini oleh anak kandungnya sendiri.
So stop blaming me konon aib kan anak nikah di Siam orang tak tahu sudah tahu! Saya Selebrity, bila berpuluh orang DM pasal anak saya nikah dan tanya didalam IG yg dia sendiri upload dan my family panic asking me why i tak tahu? Dont u all think i have the right to be HONEST to explain and tell the TRUTH?
Tambah Chef Wan lagi, selepas dia mendedahkan perkara ini di media sosial, ramai pihak telah menyalahkannya dan mendakwa bahawa dia telah membuka aib anaknya sendiri. Tetapi menurut Chef Wan, sebagai bapa dia mempunyai hak untuk bercakap jujur dan menceritakan perkara sebenar. Dia juga memaklumkan sudah cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang bapa dan datuk yang baik kepada anak-anak dan cucu.
Serina nafi
Sementara itu, Serina menerusi akaun Instagram telah membuka mulut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa dia telah bernikah di Siam. Sebaliknya, Serina menegaskan bahawa dia telah bernikah di salah sebuah negeri di Malaysia.
I pun terkejut papa cakap kami kawin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak, Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun org lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis.
Kami tak ada masalah pun selama ni. Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam. Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti utk kenduri jamuan doa selamat.
Bukan itu sahaja, Serina juga memaklumkan bahawa sebelum ini juga dia pernah membawa suaminya itu berjumpa bapanya. Jelas Serina lagi, dia sangat menghormati bapanya selain berharap agar orang ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
Sumber: Chef Wan, Serina Redzuawan