berita

Despicable Me 2 Buat Penonton Tak Kering Gusi

July 2nd, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-07-01 at 3.25.12 PM

Jika anda masih ingat dengan ayat ini, ‘Ba-ba-ba-na-na-na’, maka anda pasti tak mahu melepaskan filem animasi penuh humor, Despicable Me 2 yang bakal ditayangkan pada 4 Julai ini.

Filem Despicable Me sebelum ini mengisahkan tentang Gru (Steve Carell) yang pada mulanya mempunyai niat untuk mencuri bulan. Bunyinya agak mustahil bukan? Namun, dia yang bersaing dengan Vector secara tidak sengaja telah menyelamatkan dunia dan mengembalikan bulan pada bentuk asal.

Selepas kejadian berkenaan, Gru bukan sahaja semakin disukai, malah dia turut berubah menjadi seorang yang baik disebabkan tertarik dan mula menyukai 3 orang anak angkatnya, Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher).

Dan ya, filem Despicable Me 2 telah kembali semula menemui para peminat. Tipulah kalau anda tak tergelak dengan gelagat Minion berwarna kuning milik Gru dan teruja dengan kecomelan Agnes. Kan?

Screen Shot 2013-07-01 at 3.26.02 PM

Salah satu gelagat Minion yang mencuit hati penonton

Screen Shot 2013-07-01 at 3.26.17 PM

Tak kering gusi menonton filem Despicable Me 2

Untuk filem Despicable Me 2, Gru yang sudah menjadi seorang bapa yang baik dan penyayang tiba-tiba didatangi oleh seorang wanita bernama Lucy. Kehadiran wanita ini pada awalnya tidak disukai oleh Gru. Namun lama-kelamaan, Gru mula menyedari dia telah jatuh cinta pada Lucy.

Bukan setakat itu, Agnes yang comel juga turut menyukai kehadiran Lucy kerana dia tidak pernah melihat rupa ibunya.

Screen Shot 2013-07-01 at 3.25.31 PM

Pertemuan pertama Lucy dan Gru

Disebalik kehadiran Lucy, Gru telah dipanggil untuk memberikan kerjasama demi menangkap penjahat bernama El-Macho (Benjamin Bratt). El-Macho bukan sahaja telah mencuri satu formula rahsia, malah dia turut menculik kesemua Minion milik Gru untuk diubah menjadi jahat.

Persoalannya, bagaimanakah Minion milik Gru diculik? Mampukah Gru hidup tanpa Minionnya yang sentiasa membantunya dimana saja?

Seperti yang kita ketahui, produksi animasi dari Hollywood sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Kekuatan watak Gru tidak menenggelamkan kehadiran watak-watak lain. Malah, Agnes, anak angkat Gru yang paling kecil turut menarik perhatian para penonton seperti biasa.

Screen Shot 2013-07-01 at 3.26.46 PM

Suara Agnes yang comel dibawa oleh Elsie Fisher, 10 tahun

Bagi OHBULAN!, jika jalan cerita Despicable Me 2 dijadikan realiti tanpa Minion, ia bakal menjadi sebuah filem yang sangat serius. Namun, disebabkan kehadiran Minion-minion yang comel ini, Despicable Me 2 menjadi sarat dengan lawak jenaka dari gelagat-gelagat mereka.

Namun, secara emosinya, Despicable Me 2 membuktikan cinta mampu membuatkan seorang yang jahat menjadi baik. Ia juga mengubah sikap seseorang seperti yang boleh dilihat pada perubahan watak Gru.

Bagi anda yang sudah lama menunggu, Despicable Me 2 bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 Julai ini dan jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem arahan Pierre Coffin dan Chris Renaud ini.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MT6PHXfr4UQ

SKIP THIS AD ×