berita

Despicable Me 2: Malaysia Catat Jualan Tiket Tertinggi

July 12th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Despicable-Me-2-Movie-Posters

Walaupun baru seminggu ditayangkan, Despicable Me 2 telah berjaya mencatat rekod jualan tiket yang tertinggi hingga memperoleh gelaran Number One Biggest Opening Weekend untuk filem animasi di Malaysia.

Malah, Despicable Me 2 juga nampaknya telah menewaskan pemegang rekod sebelum ini, Kung Fu Panda 2.

Meskipun filem itu mula ditayangkan pada hari Khamis dan bukan sekitar musim cuti persekolahan, ianya langsung tidak menjadi masalah buat peminat yang telah lama menunggu kemunculan sekuel Despicable Me.

despicable-me-2-gru-is-kidnapped

Gru dan Lucy dalam Despicable Me 2

Bukan setakat itu sahaja, demam Minion juga sudah mula melanda sebaik sahaja Despicable Me 2 mula ditayangkan. Malah ada yang sanggup mencari patung mainan Minion untuk dijadikan koleksi peribadi.

Pengarah Urusan United International Pictures (Singapura & Malaysia), Nicholas Yong menyifatkan karakter Minion merupakan salah satu punca kejayaan filem Despicable Me 2.

Minion mempunyai daya tarikan yang tersendiri terhadap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Lawak jenaka, “minion-speak” dan faktor kecomelan yang ditonjolkan oleh Minion membuatkan ia mampu diterima oleh seluruh masyarakat tidak kira usia dan bangsa.

2415-TP2F-00169R-jpg_232052

Bagi yang masih belum menonton Despicable Me 2, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada fenomena hangat Minion.

Bawalah anak, adik-beradik mahupun anak saudara anda ke pawagam berhampiran pada hujung minggu ini sementara ia masih ditayangkan.

Kalau anda inginkan pengalaman menonton yang lebih menarik, Despicable Me 2 juga ditayangkan dalam versi 2D dan 3D. Selamat berhujung minggu dengan Minion!

SKIP THIS AD ×