berita

‘Di Akhirat, Takkan Ditanya Nama Anggota Kumpulan Yang Anda Taasubkan’ – Alif Satar

October 4th, 2019 | by faris
Kini Trending

Hos sensasi Alif Satar baru-baru ini ‘diserang’ peminat fanatik boyband BTS atau ‘army’ gara-gara satu kesilapan kenyataan. Dalam rancangan realiti dihoskan Alif, dia berkata lagu Boy With Luv dinyanyikan  8 orang walaupun BTS dianggotai 7 orang, namun lagu berkenaan menampilkan Halsey sebagai penampilan istimewa.

Alif menerusi Harian Metro menjelaskan isu serangan yang diterima berikutan salah faham peminat fanatik group popular Kpop itu.

Instagram bukan tempat serius

Alif berpesan kepada army yang terlalu melampau meminati artis pujaan mereka kerana minat itu tidak ditanya sehingga di alam sana. Malahan, katanya, dia sendiri meminati Dato’ Siti suatu ketika dulu namun mengingatkan jangan terlalu taasub.

Tak perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat, takkan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang anda taasubkan itu.

Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius. Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tapi, dalam pada kita meminati seseorang artis atau kumpulan seperti BTS ini, janganlah sampai berlaku pergaduhan. Jangan jadi terlalu sensitif dan taasub.

Ada yang sokong

Walaubagaimanapun, tambah bapa 3 cahaya mata ini lagi, ada army yang turut menyokong kenyataannya kerana kenyataan dikeluarkannya tidaklah sepenuhnya salah. Ujarnya lagi, situasi itu adalah sesuatu yang lucu.

Bagi saya secara peribadi, apa yang berlaku itu sangat kelakar. Ada yang menghentam dan ada juga ‘army’ menyokong saya kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun.

Sumber: Alif Satar, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×