Datin Suliza Salam, ibu kepada penyanyi Ismail Izzani menepis sekeras-kerasnya dakwaan anaknya itu berkahwin secara diam-diam kerana telah telanjur menghamilkan seorang wanita.
Artikel Berkaitan: Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai – ‘Saya Penat Dah Sakitkan Hati Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Kerap ‘Belanja’ Badan Sado Di IG, Ismail Izzani Ditegur Netizen Buat Tambah Dosa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perubahan Fizikal Ismail Izzani Semakin Fit & Sado Dipuji Ramai, Tak ‘Tahan’ Bila Tengok..
Buat apa nak bising kalau memang tak buat
Jelas Datin Suliza, Ismail atau lebih dikenali sebagai Mael tidak mahu mengeluarkan apa apa kenyataan berkenaan tuduhan ke atasnya yang disebarkan melalui DM. Menurutnya, dia tidak melakukan perkara terkutuk tersebut dan merasakan tidak perlu untuk dirinya menjernihkan keadaan.
Menurut laporan Gempak, Ibu kepada Ismail Izzani, Datin Suliza sebelum ini menerima DM daripada orang yang tidak dikenali berkenaan tuduhan ke atas anak nya itu. Datin Suliza bagaimanapun menepis dakwaan anaknya melakukan seks rambang dan menghamilkan anak orang.
Saya berharap agar semua pihak tidak terpedaya dengan tuduhan yang tidak berasas ini. Kita tak nak besarkan keadaan, mungkin yang hantar DM tu ada sakit hati. Demi menjaga sensitiviti, kita tahan je lah hati bila difitnah. Mael ada agama, dia tiada masa nak buat seks rambang.
Walau bagaimanapun, gambar yang dikhabarkan Mael berkahwin secara senyap-senyap itu adalah ketika di majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel baru baru ini.
Sumber: Gempak