berita

Kerap ‘Belanja’ Badan Sado Di IG, Ismail Izzani Ditegur Netizen Buat Tambah Dosa

June 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Perubahan tubuh badan penyanyi Ismail Izzani sering menjadi tumpuan netizen apabila kini dia sudah kelihatan lebih sado dan fit. Penyanyi ini juga sering memuat naik foto tidak berbaju dan menampakkan tubuh badannya yang mungkin digilai ramai.

Artikel berkaitan: [FOTO] Ismail Izzani Dah Sado!

Artikel berkaitan: [VIDEO] Perubahan Fizikal Ismail Izzani Semakin Fit & Sado Dipuji Ramai, Tak ‘Tahan’ Bila Tengok..

Terbaharu, kelihatan segelintir netizen menegur pada foto Ismail Izzani untuk tidak mempamerkan tubuh badan buat tatapan umum kerana boleh mengundang dosa atau sebaliknya.

Ditegur netizen

Meneliti di ruangan komen, kelihatan netizen menegur secara berhemah kepada penyanyi tersebut untuk tidak kerap menayangkan badannya di media sosial sebagai tayangan umum. Perbuatan tersebut mampu mengundang dosa kerana kelihatan mendedahkan aurat sebagai seorang lelaki.

Namun, ada pengguna media sosial yang kurang bersetuju dengan teguran dan pandangan tersebut sehingga berlaku perbalahan pada ruangan komen itu.

Ada yang memuji

Sementara itu, ada juga terdapat segelintir netizen kagum dengan perubahan fizikal yang dilakukan Ismail Izzani dan meninggalkan emoji sebagai tanda suka terhadap posting tersebut.

Foto yang dimuatnaik Ismail Izzani di laman Instagram itu bagaimanapun telah mendapat lebih 33,527 tanda suka dan dipenuhi dengan 244 komen yang ditinggalkan netizen.

Posting ‘belanja’ Ismail Izzani

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_


Sumber: Ismail Izzani

SKIP THIS AD ×