Baru-baru ini tular foto sepucuk surat dari pengirim Lembaga Zakat Selangor kepada seorang penama berbangsa Cina. Status yang tular itu mempersoalkan bantuan zakat diberi kepada orang bukan beragama Islam.
Menerusi kenyataan dimuat naik akaun Facebook Zakat Selangor memaklumkan penama merupakan seorang mualaf dan masih menggunakan nama tersebut. Bagaimanapun, perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam syarat pengislaman dan layak diberi zakat.
Dia masih menggunakan nama itu
Ekoran dari yang ditularkan menerusi laman Twitter dan Whatsapp itu, Lembaga Zakat Selangor tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi laman Facebook rasmi.
Tular gambar sekeping surat tertera nama Low Heng Cheong yang disebarkan di media sosial dan grup aplikasi WhatsApp. Untuk makluman, beliau adalah asnaf mualaf yang mendapat bantuan daripada Zakat Selangor.
Beliau masih menggunakan nama tersebut… untuk makluman syarat pengislaman tidak menghalang mana-mana mualaf mengekalkan nama asal mereka. Islam itu indah dan mudah.
Islam itu indah dan mudah
https://www.facebook.com/zakatselangor/posts/10156657896596221?__xts__[0]=68.ARC-aY8UDDDBsdGszSM2gB9pAcvjzZq4ziU1FHVPX50ij8SyH4DgyqP5r45oznhlr2-Eee4j0DBm4fY9lN0ehRxolL5oezTmJP-l0AxNW9tEQUOf0nZESReU2hs65hryorrqzKXucmX8MZd7opGjbebkhEm1XA7qwqtYRdByRFSLBM1SKegJGlmdBaX9rhzoNsrJw_r58ZVD_TrAPOeNIvDexeWAXA&__tn__=-R
Antara respon netizen
Nama tak melambangkan agama
Sumber: Sinar Harian, Lembaga Zakat Selangor