berita

Dia Adalah Jodoh Saya Yang Terbaik – Julie Woon

January 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-01-16 at 10.32.01 AM

Menerusi laporan sebuah portal hiburan tempatan, personaliti TV iaitu Julie Woon sudah pun mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya. Selebriti berusia 28 tahun ini tidak menafikan apabila ditanya dan dia mengaku telah pun bertunang pada 25 Disember yang lepas.

Bekas kekasih Qi Razali ini ketika ditemubual menjelaskan bahawa kekasihnya telah melamar dirinya ketika mereka bercuti di Kota London dan Julie terus menerima kerana yakin jodohnya sudah sampai.

“Kami sudah berkenalan kira-kira setahun setengah yang lalu dan pada Krismas tempoh hari,dia telah melamar saya. Ketika itu kami berada di Kota London untuk bercuti selain menziarahi abang saya. Dia telah membawa saya ke ‘Parliament Hill’ untuk menyuarakan hasratnya itu dan tanpa banyak bicara, saya telah menerima lamarannya itu. Tanpa banyak berfikir atau berbicara, saya terus bersetuju kerana saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya yang terbaik.”

Julie turut menambah, besar kemungkinan, mereka bakal mendirikan rumah tangga sekitar hujung tahun ini namun masih belum menetapkan lagi tarikh yang sesuai.

“Kalau boleh kami mahu berkahwin pada hujung tahun ini. Besar kemungkinan pada Disember. Tetapi kami belum pilih tarikhnya lagi. Tengoklah macamana nanti. Mungkin juga selepas Krismas.” – Julie Woon dipetik dari Gua.

SKIP THIS AD ×