Di Amerika Syarikat, sepasang suami isteri meninggal dunia sambil berpegangan tangan selepas 69 tahun bersama.
Artikel Berkaitan: ‘Bahagia Kita Jangan Tunjuk Sangat Dekat Orang’
Meninggal dunia bersama
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan People, anak perempuan kepada pasangan itu dikenali sebagai Karen Kreager berkata ibu bapanya sangat gembira apabila mereka dirawat bersama di hospital sebelum meninggal dunia.
Mereka tidak berhenti berpegangan tangan sepanjang masa. Mereka tidak mahu melepaskannya.
Menurut Karen, ayahnya yang bernama Tommy Stevens telah dibawa ke hospital Vanderbilt kerana mengalami Alzheimer dan radang paru-paru.
Tidak lama selepas Tommy dimasukkan ke hospital, isterinya Virgina pula dikejarkan ke hospital yang sama akibat jatuh sehingga patah enam tulang rusuk, patah tulang belakang dan kecederaan pinggul.
Pihak hospital meletakkan Tommy dan Virgina bersama-sama dalam satu bilik bagi memudahkan keluarga mereka untuk menjaga pasangan itu.
Anda tahu, ia banyak membantu saya. Ia hanya memberi saya ketenangan bahawa saya tidak perlu risau tentang suami saya kerana dia akan sentiasa bersama saya.
Sehingga akhirnya, Tommy meninggal dunia pada 8 September, manakala Virgina meninggal dunia sembilan hari kemudian pada 17 September.
Sumber: People