Adik kepada penyanyi Shila Amzah yang dikenali sebagai Amir Syafiq mendakwa kakaknya sengaja mahu menjual banglo yang didiami mereka disebabkan wang.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mengaku Nak Jual Banglo Didiami Keluarga – ‘Rumah Itu Kusam & Sedih, Saya Mahu Belikan Kondo Baru’
Artikel Berkaitan: ‘Keep Things In The Fam’ – Shila Amzah Tegur Syada?
Shila fake?
Menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok, Syafiq turut mendakwa Shila tidak mahu menukar nama kediaman tersebut kepada nama ibunya, Fauziah Sarman.
Saya tak tahu dia (Shila) berada di mana sekarang. Sudah tidak harap apa-apa dah lagi dari dia.
Mesti ada sebab kau tak nak tukar nama dekat rumah ini, sebab kau tahu rumah ini boleh mendatangkan kau duit, betul tak. Kalau kau jual, mungkin boleh dapat dalam 2.5 juta kot sekarang.
Dalam masa sama, Syafiq turut mendakwa penyanyi berusia 33 tahun itu seorang yang bersikap berpura-pura atau ‘fake’.
Tak payah nak back up dia sangat, pada aku apa yang dia tengah tunjuk sekarang dia sedang fake. Apa yang dia tunjuk pada netizen lain dengan bila dia dengan kami.
Dengan balaci kau pun tengking mak, kau ingat aku boleh diam ke. Ramai yang tak puas hati dengan kau.
Terdahulu, perang antara adik-beradik Shila bermula selepas adiknya yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa ada seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Dia turut mendakwa mereka sekeluarga seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.
Video
@keknisbeautyconsultant kau nie mmg xkn berubah kan… mcm mana kau buat aku dh tahap over limit mcm tu lah kau buat kakak kau darah daging kau sendiri… kau xsedar dek untung kan dgn ape yg kakak kau dh tolong kau dulu… terlalu byk kakak kau tolong kau, ingt aku xthu smua aku thu..kesian lah kt kakak kau dr dulu lg dye segalanye utk keluarga.. aku xsebelahkn dye tp nie yg aku thu… ape jd kt kau nie, kau kene ingt KIFARAH atas ape kau buat kt ank kau sendiri, darah daging kau nie… kau play victim eh shafiq… kau xpyh nk bukak aib adk beradik kau sbb aib kau pon dh terbukak…tgok dulu diri kau tu mcm mne teruk nye… mmg kau mengaku kau xbaik tp org xthu yg kau nie pandai berkata2 mulut pandai ckp tp habuk xjalan.. sudah2 lah kau nk play victim… kau xpernah ke kurang ajar ngn mak kau?? hahaha lawak ehh… kau beduk kakak kau aku thu, kau beduk aku, kau beduk perempuan lain, xdayus ke tu?? perbetulkn diri kau sebelum kau nk ckp adk beradik kau itu ini.. org tgok kau mcm xsalah sbb kau tgh play victim? bab kakak kau kurang ajar ngn mak kau tu kemungkinan dye xsengaja sbb org dh over limit kot… mcm kau lah, kau dh over limit kau nk beduk mak kau kn dulu… nasib lah ade perempuan yg pertahankn mak kau tu kan.. org luar thu x hal nie?? msti x kan.. org nampak kakak kau salah sbb kau bercerita aib kakak kau.. tp kau sendiri jntan mcm xda telur.. perempuan dtg dpn umh pon mnx mak kau settlekn.. kakak kau ajak jumpa pon kau kecut.. aku nie haaa ajk jumpa ritu, smpai ke sudah kau xrespon! thu takot… kau tu patot laki sulung yg amik alih tugas ketua kluarga tp hampeh… keje pon x, hanya mengharapkn duit betina.. meminjam sana sini… aku pelik ape ade kt kau nie smpai guna2kn ramai org… kau ingt sikit NAFKAH ANAK KAU YG TERTUNGGAK BAYAR!! HUTANG MUTAAH aku yg xberbayar2 tu.. ingt aku akn dok diam ke?? member aku komen kt live kau td trus kene block eh… kakak kau ngn ubai pon kene mute… hahaha lawak lah kau nie… kau ingt eh, selama mana kau xpedulikan ank kau, selama tu lah hidup kau xkn pernah aman bahagia… sbb tu hidup kau bertimpa2 masalah..ingt tu amir shafiq (muhammad benjamin nama samaran supaya xda org mencari si penghutang) #amirshafiq #viral ? original sound – keknis BeautyConsultant
Sumber: TikTok