berita

‘Dia Grip Leher Saya Lepas Tu…’ – Gadis Viral Dibelasah Tunang Dedah Kisah Sebenar

June 2nd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini viral rakaman video menyaksikan seorang lelaki memukul seorang wanita di luar kereta di tepi jalan. Mereka difahamkan pasangan bertunang dan akan bernikah pada Julai tahun ini. Rakaman tersebut sempat dirakam salah seorang individu berdekatan lokasi kejadian.

Ramai menyifatkan tindakan lelaki berkenaan adalah tidak sewajarnya. Rentetan dari kejadian tersebut, mStar mendapatkan laporan penuh dari mangsa, Irene.

Rakaman video bergaduh dengan tunang

Video berdurasi 34 saat ini sempat dirakam individu yang sedang membeli juadah berbuka puasa di bazar berdekatan. Kelihatan juga peniaga di bazar Alam Budiman itu turut mendekati pasangan ini bagi meleraikan pergaduhan tetapi lain pula yang berlaku.

Dia keep on calling

Irene kesal tindakan tunangnya, Nim kerana mendedahkan perkara tidak benar terhadap insiden yang berlaku tempoh hari. Mangsa didakwa dirinya dikasari dan dilemparkan dengan kata-kata kesat dari lelaki itu.

Memang saya akui saya lambat sebab saya dapat order daripada mama untuk ambil cek company di Teluk Panglima Garang pada pukul 4 petang. Lepas tu saya kena terus ke Maybank Setia Alam untuk cek deposit.

Dia keep on calling. Saya siap tunjuk bukti jalan jemmed dekat dia. Sampai je Alam Budiman saya minta maaf tapi dia tanya lagi kenapa lambat… dah berapa kali macam ni. That’s fine. Saya faham mungkin sebab dia puasa.

Dia panggil saya anjing

Mangsa, Irene turut menceritakan punca sebelum berlakunya pergaduhan antara mereka berdua sehingga tunangnya itu bertindak diluar kawalan.

Tapi masa nak gerak ke jalan besar dia ungkit lagi, jadi saya marahlah. Dia berhenti tepi jalan kemudian dia mesej dalam group WhatsApp kata anjing ini lambatlah. Masa gaduh tu dia ada juga call kawan dia kata saya ni lambat, dia panggil saya anjing.

Dia kata ‘kau baik keluarlah menyusahkan aku’. Saya pun keluar kereta ambil phone dia seban nak tengok Whatsapp dia. Itu memang betul. Dari situlah pergaduhan bermula. Dia grab saya punya leher, tarik saya, tumbuk saya. Lepas tu heret saya ke tepi jalan.

Dia tu panas baran

Bagaimanapun, Irene menafikan dakwaan tunangnya itu terpaksa menggigit tanggan Irene kerana lehernya dicekik wanita berkenaan.

Saya sebenarnya tak nak buka aib dia tapi dia fitnah saya macam-macam. Dia pernah pukul saya tiga, empat kali sebab tak dengar cakap. Dia tu panas baran. Saya pernah WhatsApp nak berpisah cara baik tapi dia tak nak lepaskan saya.

Dia pujuk saya kata masih sayang. Saya pun bagi peluang sampailah indisen hari tu berlaku. Saya kenal family dia dan dia pun kenal family saya.

Wanita ini mengakui dirinya terkilan dengan apa yang berlaku antara dirinya dan tunang disebabkan perkara remeh saja. Hanya sebab dia datang lambat.

Sepatutnya kami pergi tengok baju nikah minggu ini, tapi tak jadi. Nasib baik persiapan baru buat sikit-sikit. Dia dah bayar duit booking tempat sanding, RM2,500, beli cincin RM1,800 dan RM10 borang nikah.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×