Baru-baru ini viral mengenai kehilangan seorang gadis Ireland dari bilik penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai, Seremban. Remaja tersebut dipercayai hilang sejak 4 Ogos lalu dan Ketua Polis Negeri Sembilan mempercayai mangsa masih berada di kawasan berdekatan.
Berdasarkan keterangan adik mangsa, dia terlihat kakaknya itu keluar sendiri melalui tingkap bilik. Bagaimanapun, operasi SAR mencari remaja berusia 15 tahun itu masih giat dijalankan.
Dipercayai keluar sendiri melalui tingkap
Dalam kes ini pihak polis turut menolak dakwaan media antarabangsa bahawa Nora Anne Quoririn berusia 15 tahun itu menjadi mangsa culik. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berpendapat dari hasil siasatan di bilik penginapan tersebut tiada unsur jenayah ditemui.
Polis menolak sebarang dakwaan media asing yang mendakwa Nora Anne Quoririn dilarikan pihak tertentu. Dia dipercayai keluar sendiri melalui tingkap berdasarkan keterangan adik mangsa yang melihat tingkap di bilik mereka terbuka pada pagi hari kejadian.
Tiada indikator yang menunjukkan sebarang perlakuan jenayah dalam kejadian ini. Ketika ini polis masih mengklasifikasikan kes sebagai orang hilang.
Tidak dirakam CCTV
Ahli keluarga memberitahu ketika remaja itu hilang semua pakaian berada di dalam bilik dan dia hanya memakai pakaian dalam.
Bagaimanapun, kehilangan remaja itu tidak dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di resort berkenaan.
Tidak temui sebarang petunjuk
Bagaimanapun, Tan menolak kemungkinan remaja itu diserang haiwan buas kerana sepanjang 13 tahun menghuni di kampung itu tidak pernah terlihat kehadiran binatang buas di kawasan berkenaan.
Saya ikut anggota SAR cari di seluruh kawasan hutan tapi masih tidak ditemui. Saya juga cari di kawasan kampung berdekatan juga tidak menemui sebarang petunjuk. Saya percaya mangsa masih berada di kawasan berdekatan.
Sumber: Metro