Baru-baru ini tular sebuah video menyaksikan aksi lucu seorang suami ‘dibuli’ oleh isterinya untuk mengenakan sedikit touch up pada wajah. Video tersebut telah mendapat sebanyak 24ribu retweet di laman Twitter.
Bagaimanapun, ramai pula yang menuduh suaminya itu kelihatan gay gara-gara terlalu sporting dan berperangai gila-gila. Menerusi mStar Online, isteri memberikan respon ini.
Terhibur sangat
Hahahahahahahahshdhahah sis geram tengok bulu mata dia kebawah so sis decide nak lentikkan sikit je ? He was like “sayang sayang! ya Allah ya Allah subhanallah” hahahahaha sis terhibur sangat ??? pic.twitter.com/KMK1Y49WKj
— ? (@nanamohdraus) September 7, 2018
Isteri, Nur Dianah Mohd Raus memberitahu tidak kisah dengan kecaman netizen berkaitan video yang telah tular itu. Ini kerana dia lebih memahami dan mengenali suaminya itu, Irfan Mail.
Mula-mula dia segan dan malu
Yes my husband can be extra sometimes. ? pic.twitter.com/o0v8CW0H8v
— ? (@nanamohdraus) July 20, 2018
Kawan yang pertemukan kami sekitar September tahun lalu dan kami berkahwin lima bulan selepas itu. Mula-mula jumpa dia segan dan pemalu, lama-kelamaan baru dia tunjuk perangai sebenar.
Alhamdulillah memang seronok ada suami happy go lucky, sporting dan suka bergurau. Pada saya, bahagia itu datang dalam banyak bentuk dan kebahagiaan saya adalah suami sendiri. Kalau dia tak buat lawak pun saya boleh bahagia dengannya. Kawan, saudara dan adik-beradik pun senang dengan perwatakannya.
Senyum tersipu malu
Okay since ramai kata dia ni soft spoken, sis throwback sikit masa first time jumpa bakal mak mertua (our first met). Senyum senyum tersipu malu ? pic.twitter.com/Cb5MTJ7CNG
— ? (@nanamohdraus) September 9, 2018
Pasangan suami isteri ini masing-masing baru saja berusia lingkungan 20an dan mereka tidak menyangkakan video yang dimuat naik itu akan menjadi perhatian netizen.
Dia jantan asli
Okay some people just can’t stand to see others happy. Habis lah video ni dah masuk facebook ? pic.twitter.com/jzZR2JTGBh
— ? (@nanamohdraus) September 10, 2018
Bagaimanapun, Irfan Mail turut berdepan dengan tohmahan netizen yang mengatakan dirinya seorang gay. Hal ini kerana sikapnya yang sporting apabila beraksi di depan kamera.
Sudah biasa orang kata dia gay sedangkan perkara itu tidak benar. Jadi bila baca komen, saya dah tak rasa apa-apa. Saya lebih kenal dia.
Suami saya kalau bergambar suka posing pelik-pelik, di rumah juga dia suka menyakat saya seperti adik dia sendiri. Namun ada masa serius, dia akan jadi serius.
Sumber: mStar, Nana Mohd Raus