berita

‘Dia Juga OKU, Pekak’ – Azmi Saat Kongsi Situasi Sukar Berdepan Insan Senasib Masa Order Barang

December 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Azmi Saat berkongsi satu situasi sukar apabila dia terpaksa berdepan seorang penghantar barang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga. Menurut Azmi, situasi itu berlaku sewaktu dia hendak membeli barang menggunakan perkhidmatan penghantar tersebut.

Dia OKU pekak

Di Facebook, Azmi berharap urusan jual beli di antaranya dengan abang penghantar barang tersebut dipermudahkan. Ini kerana, kedua-dua mereka merupakan insan Orang Kelainan Upaya. Tambah Azmi, dia tidak mampu melihat dan abang tersebut pula pekak.

Perkongsian Azmi tersebut ternyata mencuri tumpuan netizen. Rata-rata netizen bertanya mengenai kesinambungan  situasi tersebut. Jelas Azmi, mereka berhubung melalui mesej dan penghantar barang tersebut telah menunggunya di sekian tempat yang telah dinyatakan.

Belajar bahasa isyarat

Selain Azmi, netizen turut berkongsi pengalaman mereka apabila berjumpa dengan insan OKU. Di samping itu, netizen berharap semua lapisan masyarakat dapat mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan urusan dengan orang awam yang OKU.

Sumber: Azmi Saat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×